BMW Compact Sedan konsep baharu dipamerkan di Guangzhou Auto Show

By  |  0 Comments

BMW_COMPACT_SEDAN_CONCEPT_18

Walau pun bukanlah satu acara pertunjukan automotif antara yang terbesar, utama dan cukup gah, namun BMW tetap mempercayai kehebatan Guangzhou Auto Show dengan mempamerkan model konsep Compact Sedan baharu.

Direka sebagai prebiu buat model 1-Series Sedan, model konsep ini memilih padanan eksklusif Liquid Metal Bronze pada bahagian luarannya dengan menampilkan pigmen kehalusan antara warna terang dan gelap bergantung pada pencahayaan.

Malah model konsep ini turut terserlah dengan imej sporty pada bahagian hadapan termasuk padanan gril ‘kidney’, lampu utama LED dan corong udara berbentuk unik.

Menyoroti bahagian belakangnya, kelihatan gerbang roda yang sedikit besar, dengan lingkaran alumnium pada sekeliling cermin belakang serta rim aloi bersaiz 20-inci yang serba bergaya.

Manakala bagi bahagian kabinnya, papan pemuka dengan kekemasan kayuan dan aluminium menjadi pilihan. Model konsep ini turut dilengkapi dengan tempat duduk balutan kulit Nappa, paparan unit kepala dan pencahayaan dalaman berwarna jingga.

2015, Transportation, China, Soundwave, BMW, BMW Concept Sedan, night, purple

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan bumbung panoramik, kawalan sesentuh-sensitif, sistem hiburan dengan paparan bersaiz 8.8-inci.

Tempat duduk belakang pula memang direka untuk memuatkan dua penumpang dan memiliki sistem kawalan suhu yang tersendiri.

Buat setakat ini, BMW masih tidak mendedahkan perincian mengenai spesifikasi teknikalnya namun mengesahkan model produksi bakal menggunakan platform UKL dan mempunyai pilihan enjin tiga- dan empat-silinder.

Sistem pacuan roda-hadapan juga adalah standard tetapi bagi varian tertinggi, ia mungkin ditawarkan dengan pilihan sistem pacuan semua-roda.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *