Jalan Tun Razak kurang 50% kesesakan selepas projek penyuraian trafik – DBKL

By  |  0 Comments

kl-city-jam

Selepas melaksanakan perubahan beberapa laluan trafik di Jalan Tun Razak, ia berjaya mengurangkan 50% kesesakan trafik di laluan berkenaan terutamanya pada waktu puncak.

Projek penyuraian trafik yang dilaksanakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ini melibatkan beberapa jalan termasuk Jalan U-Thant (di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat), Jalan Pekeliling Lama, Jalan Ampang (Ampang Park) dan Jalan Tun Razak (Bulatan Yew), laporan Bernama.

Menurut Pengarah Jabatan Kejuruteraan Awam dan Pengangkutan Bandar DBKL Ir Dr Leong Siew Mun, pembahagi jalan yang dipasang di beberapa laluan di jalan berkenaan membantu mengurangkan kesesakan.

Dalam masa yang sama, DBKL turut akan melaksanakan projek ‘Dynamic Merge Control System’ (DMCS) iaitu pemasangan lampu isyarat di susur keluar Jalan Kuching (menghala ke Jalan Tun Razak) dan Lebuhraya Sultan Iskandar bagi melancarkan trafik di kedua-dua arah.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *