Mitsubishi Mirage 2017 diberi suntikan imej segar & enjin yang dipertingkatkan

By  |  0 Comments

Mitsubishi_Mirage_2017_1

Mitsubishi semakin memperhebatkan langkah agresif dengan menghasilkan model baharu, konsep mahu pun sekadar memperbaharui model sedia ada.

Terbaru, Mitsubishi Mirage 2017 telah pun diperkenalkan di Los Angeles Auto Show.

Bakal tiba di pasaran USA pada musim bunga hadapan, Mirage facelift ini ditampilkan dengan bampar yang dimodifikasi, gril yang lebih garang dan rekaan semula bagi lampu utamanya.

Mirage 2017 ini juga dipadankan dengan hud baharu, lampu kabus rekaan semula, dan rim serta spoiler belakang yang diberi penambah baikan.

Bagi ruang kabinnya, ia kelihatan lebih segar dengan padanan roda stereng baharu, kluster instrumen yang diperbaharui dan material upholsteri yang ditambah baik. Malah ia turut memberikan beberapa pilihan elemen termasuk sistem audio Rockford-Fosgate 300-watt dan sistem hiburan baharu dengan sambungan Apple CarPlay serta Android Auto.

Model kompak ini bakal dijanakan oleh enjin yang diberi penambahkan iaitu 1.2 liter tiga-silinder yang dilengkapi dengan “roller-type” camshaft. Modifikasi enjin ini tidaklah begitu meluas namun ia mampu memberikan kuasa tambahan sehingga 78 hp dan tork 100 Nm.

Selain enjin yang diberi penambah baikan, Mirage 2017 ini juga dilengkapi dengan casis yang lebih mantap dan suspensi yang ditala semula dengan kehadiran gegelung dan peredam baharu.

Mitsubishi_Mirage_2017_16

Malah ia juga diberi penambah baikan bagi sistem brek dengan kehadiran cakera brek yang lebih besar dan material pelapik baharu bagi prestasi memberi yang lebih baik.

Bagi aspek keselamatan, Mirage 2017 ini juga bakal tampil dengan tujuh beg udara, ABS, Sistem Pemantauan Tekanan Tayar dan Kawalan Kestabilan Aktif.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *