Honda Civic Coupe 2016 tampil dengan gaya yang lebih sporty

By  |  0 Comments

Honda_Civic_coupe_2016_1

Honda telah pun mendedahkan model Civic Coupe 2016 untuk tatapan dunia. Ia dipertontonkan di Los Angeles Auto Show yang sedang berlangsung.

Bakal memasuki pasaran Amerika Syarikat Mac hadapan, model rekaan semula ini tampil dengan gaya yang lebih sporty dengan imej hadapan yang senada dengan versi sedan. Namun dengan penampilan tiang-A, ia kelihatan lebih unik sebagai versi coupe.

Gayanya turut diserlahkan dengan bentuk cermin hadapan dan belakang yang lebih bergaya, lampu utama automatik, lampu nyalaan siang LED, bumbung yang lebih dinamik serta lampu belakang LED berbentuk-C.

Honda_Civic_coupe_2016_9

Manakala bahagian kabin pula dihiasi dengan panel sentuhan lembut, balutan fabrik berkualiti tinggi buat tempat duduk dan rekaan dalaman yang lebih sporty.

Bagi varian sederhana, ia turut dilengkapi dengan sistem kawalan suhu automatik, cermin utama akustik, tetapi bagi varian tertinggi pula bakal ditambah dengan tempat duduk hadapan bersama suhu haba, kluster instrumen digital dan sistem hiburan Display Audio tujuh-inci dengan sambungan Android Auto dan Apple CarPlay.

Civic Coupe 2016 ini bakal ditawarkan dengan dua pilihan enjin. Bagi enjin 2.0 liter empat-silinder, ia mampu menyalurkan kuasa sehingga 158 hp dan tork 186 Nm. Manakala enjin 1.5 liter pengecas turbo empat-silinder pula, ia berkeupayaan menghamburkan kuasa pada 174 hp dan tork 219 Nm.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *