Mazda CX-9 2017 diperkenalkan di Los Angeles Auto Show

By  |  0 Comments

Mazda_CX9_2017_1

Mazda turut menumpang kegemilangan Los Angeles Auto Show yang sedang berlangsung bagi memperkenalkan model CX-9 2017.

Tampil sebagai model crossover yang cukup menarik, CX-9 2017 ini turut menampilkan rekaan KODO yang penuh bergaya dan jelas kelihatan pada bahagian hadapannya. Terutamanya dengan padanan gril yang besar bersama lampu utama LED standard.

Menyoroti bahagian belakangnya pula, kelihatan permukaan yang rata dengan dapra berbentuk bulat serta lekuk yang lebih dinamik. Selain itu, ia turut menampilkan spoiler belakang, sistem ekzos berkembar dan padanan rim sama ada 18- atau 20-inci.

Mazda_CX9_2017_11

CX-9 2017 ini juga lebih pendek berbanding model sedia ada namun jarak rodanya telah ditingkatkan sebanyak 2.2-inci. Perubahan ini dibuar bagi memberikan lebihan ruang kaki pada tempat duduk belakang serta memudahkan lagi akses masuk/keluar penumpang.

Bentangan ruang dalaman juga kelihatan diperbaharui termasuk penggunaan kekemasan aluminium pada bahagian papan pemuka. Malah tempat duduk hadapan dan pencahayaan dalaman LED turut direka semula. Ia juga bakal dilengkapi dengan sistem hiburan MAZDA CONNECT sama ada tujuh- atau lapan-inci.

Mazda_CX9_2017_14

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan sistem audio Bose bersama 12 pembesar suara, balutan kulit upholsteri Nappa berwarna Auburn dan kekemasan Japanese rosewood. Pelanggan juga boleh menempah kluster instrumen yang lebih tinggi teknologinya iaitu skrin paparan TFT bersaiz 4.6-inci yang dipasang di antara meter.

CX-9 2017 dijanakan oleh enjin 2.5 liter SkyActiv-G pengecas turbo empat-silinder baharu yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 227 hp dan tork 420 Nm. Ia juga dipadankan dengan transmisi automatik enam-kelajuan yang bakal bekerjasama dengan sistem pacuan semua-roda atau roda hadapan sahaja.

Mazda menjangkakan bakal memasarkan CX-9 2-17 ini pada musim bunga tahun hadapan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *