Kia bakal memperkenalkan kenderaan sel bahan api baharu pada tahun 2020

By  |  0 Comments

Kia_FC_2020

Kia telah mengumumkan perancangan untuk memperkenalkan kenderaan sel bahan api (FCV) terbaharu pada tahun 2020.

Pengumuman ini adalah sebahagian daripada perancangan lima tahun baharu oleh syarikat tersebut. Di mana FCV tersebut akan menjadi salah satu model produksi besar-besaran dengan teknologi komponen bahan api hidrogen baharu.

Menurut Kia, komponen bagi bahan api ini adalah sama saiz dengan enjin pembakaran dalaman 2.0 liter biasa dan bakal mempunyai “tahap ketahanan dan ketumpatan kuasa yang tinggi”.

Setakat ini, Kia masih enggan mendedahkan lebih banyak perincian, namun turut mengesahkan barisan jurutera mereka mahukan komponen sel bahan api yang mampu memberikan 5% lebih penjimatan dan 10% lebih kuasa berbanding model kini, serta 15% lebih ringan.

Kia mensasarkan komponen bahan api ini mampu mencapai perjalanan sejauh 800 km dan kelajuan maksimum sehingga 170 km/j.

Kini Kia sedang berkolaborasi dengan 300 rakan kerjasama berlainan untuk merealisasi FCV ini dan bersedia menembusi pasaran global. Malah Kia turut berjanji akan menghasilkan kenderaan dengan kualiti yang terbaik serta berinovasi tinggi.

Kia turut mensasarkan mengeluarkan lebih kurang 1,000 unit FCV setahun namun jumlah tersebut adalah bergantung pada permintaan pada masa hadapan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

situs mix parlay euro 2024 judi bola euro parlay dominoqq pkv id pro bandarqq pkvgames bandar qq bandarqq qiuqiu bandarqq pkv games situs bandarqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games pkv qq pkv qq bandarqq pkv games dominoqq pkv games pkv pkvgames qiuqiu pkv pkv games bandarqq dominoqq pkvgames slotgacor parlay pokerqq parlay
situs mix parlay euro 2024 judi bola euro parlay dominoqq pkv id pro bandarqq pkvgames bandar qq bandarqq qiuqiu bandarqq pkv games dominoqq situs bandarqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games pkv qq pkv qq bandarqq pkv pkv games dominoqq