BMW 118i muncul di FB BMW Malaysia – Enjin 1.5L & 136hp/220Nm

By  |  0 Comments

bmw-1-series-f20-lci-facelift-model-lines-11

BMW Malaysia telah memuat naik berita mengenai kemunculan varian 1 Series baharu iaitu BMW 118i yang menyertai 120i M Sport, menerusi Facebook rasmi mereka. BMW 118i ini dikatakan model BMW termurah di Malaysia.

Dijanakan oleh enjin 1.5 liter TwinPower Turbo tiga-silinder, ia mampu menghasilkan kuasa sehingga 136 hp pada 4,400 rpm dan tork 220 Nm pada 1,250 hingga 4,300 rpm.

Bagi menyalurkan kuasa yang lebih optimum, enjin ini dipadankan dengan transmisi automatik Steptronic lapan-kelajuan.

BMW 118i ini tampil dengan bampar hadapan yang unik bersama lampu utama hita, berkilat serta skirt sisi yang menyerlahkan lagi imej sporty. Ia turut dipadankan dengan rim M Sport bersaiz 18-inci yang dibaluti tayar 225/45.

bmw-1-series-f20-lci-facelift-model-lines-12

Pada bahagian dalamnya, ia turut dipadankan dengan tempat duduk sport balutan kulit upholsteri Sensatec dengan kekemasan berwarna hitam dan merah, roda stereng sport dengan butang pelbagai-fungsi, butang penghidup enjin, penghawa dingin automatik dua-zon, dan sistem bunyi BMW Professional Audio dengan paparan iDrive bersaiz 6.5-inci.

BMW 118i turut dilengkapi dengan enam beg udara, Kawalan Kestabilan Dinamik (DSC) termasuk ABS, Kawalan Kestabilan Automatik (ASC), Kawalan Brek Selekoh (CBC) dan Kawalan Cengkaman Dinamik (DTC) serta cagak Isofix.

Buat masa ini, harga bagi BMW 118i Sport ini masih belum diumumkan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *