Kia Rio Sedan diperkenalkan dengan harga jangkaan RM73k – Enjin 1.4L & 109PS/137Nm

By  |  0 Comments

IMG_3498

Sempena dengan NST-MAI ASEAN Auto Show 2015 yang sedang berlangsung di Mines International Exhibition & Convention Centre, Naza Kia Malaysia turut mengambil kesempatan memperkenalkan Kia Rio Sedan.

Model sedan dari segmen-B ini tampil dengan identiti Kia yang tersendiri, dengan mensasarkan golongan muda untuk memilikinya.

Kia Rio Sedan dijanakan oleh enjin 1.4 liter yang mampu memberikan kuasa sehingga 109 PS pada 6,300 rpm dan puncak tork 137 Nm pada 4,200 rpm. Ia turut dipadankan dengan transmisi automatik empat-kelajuan.

Kia Rio Sedan Malaysia_ 015

Tanpa mengenepikan aspek keselamatan, Kia Rio Sedan turut dilengkapi dengan enam beg udara, sistem keselamatan aktif termasuk Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Pengurusan Kestabilan Kenderaan (VSM), pengesan parkir belakang dan Bantuan Mula Mendaki (HAC) serta cakera brek hadapan dan belakang.

Tampil dengan imej yang mirip dengan model hatchback, padanan gril radiator “Tiger Nose” yang menjadi signatur Kia dengan paten geometrikal menjadikan Kia Rio Sedan ini memiliki profil yang lebih bergaya.

Ia turut dipadankan dengan lampu nyalaan siang (DRL) untuk fokus pemandangan yang lebih optima serta rim aloi yang lebih bergaya bersaiz 15-inci yang dibaluti tayar 185/55 R15.

Kia Rio Sedan berukuran 4,370 mm panjang, 1,720 mm lebar dan 1,455 mm tinggi serta jarak roda 1,525 mm. Sekali gus memberikan lebihan ruang pada bahagian kabinnya. Malah ia turut memberikan ruang storan dengan kapasiti 389 liter.

Kia Rio Sedan Malaysia_ 009

Bagi ruang kabinnya, ia turut dilengkapi dengan roda stereng telescopic dengan butang kawalan audio, Bluetooth, sistem audio bersama enam pembesar suara serta Audio Head Unit (dengan storan memori 800 MB) sebagai radio dan pemain MP3 dengan sambungan USB, AUX dan RDS.

Tampil dengan empat pilihan warna iaitu Clear White, Bright Silver, Deep Blue dan Signal Red.

Kia Rio Sedan telah pun dibuka tempahannya di seluruh negara. Ia dijual pada harga jangkaan RM73,000 (berserta insurans & GST) yang turut didatangkan dengan waranti selama lima tahun tanpa perbatuan terhad (dengan terma & syarat yang ditetapkan). Penghantarannya akan bermula Januari ini.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

situs mix parlay euro 2024 judi bola euro parlay dominoqq pkv id pro bandarqq pkvgames bandar qq bandarqq qiuqiu bandarqq pkv games situs bandarqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games pkv qq pkv qq bandarqq pkv pkv games dominoqq pkv games pkvgames qiuqiu pkv pkv games pokerqq dominoqq bandarqq bandarqq dominoqq mixparlay pkvgames slotgacor parlay pokerqq
situs mix parlay euro 2024 judi bola euro parlay dominoqq pkv id pro bandarqq pkvgames bandar qq bandarqq qiuqiu bandarqq pkv games dominoqq situs bandarqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games pkv qq pkv qq bandarqq pkv pkv games dominoqq