Kia Optima Hybrid 2016 dilancarkan di Korea Selatan

By  |  0 Comments

Kia_Optima_Hybrid_1

Pada September lalu, Kia telah mengumumkan model Optima Hybrid di Frankfurt Motor Show dan baru-baru ini ia telah pun dilancarkan Kia Optima Hybrid 2016 di Korea Selatan.

Generasi terbaharu bagi versi hibrid ini yang turut dikenali sebagai K5, merupakan model spesifikasi KDM dan mempunyai persamaan rekaan dengan model konvensional Optima.

Hanya terdapat beberapa perubahan kecil iaitu pada gril radiator di mana ia menampilkan “active air flap” yang tertutup secara automatik apabila memandu dalam kelajuan yang tinggi untuk mengurangkan rintangan angin dan memberikan penggunaan bahan api yang lebih efisien.

Kia_Optima_Hybrid_7

Bahagian bampar hadapan dan belakang juga telah mengalami sedikit perubahan, serta ia turut menampilkan rim aloi bersaiz 16- dan 17-inci.

Perubahan paling besar pastinya terletak di bawah hudnya iaitu ia menampilkan enjin 2.0-liter GDI aspirasi-natural dengan menawarkan kuasa sehingga 156 PS dan tork sehingga 189 Nm.

Ia turut bekerjasama dengan motor elektrik yang memberikan kuasa tambahan sebanyak 52 PS dan tork 205 Nm, di mana kuasanya disalurkan pada roda menerusi transmisi automatik enam-kelajuan yang direka khas bagi model hybrid.

Kia bakal membawa masuk Optima Hybrid ini ke pasaran Eropah pada tahun hadapan dan merancang untuk memperluaskan lagi pengeluarannya bagi versi wagon yang dipengaruhi konsep Sportspace.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *