Mitsubishi ASX & Mirage facelift bakal tampil di Los Angeles Auto Show 2015

By  |  0 Comments

Mitsubishi-World-Debut-LA-Auto-Show-01

Mitsubishi telah mendedahkan bakal menampilkan dua model facelift bagi ASX dan Mirage di Los Angeles Auto Show 2015 yang bakal berlangsung pada hujung bulan ini.

Walau pun tidak memperkatakan lebih terperinci, namun nampak gayanya Mitsubishi kian tidak sabar untuk mempertontonkan kedua-dua model tersebut pada umum.

ASX atau pun Outlander Sport, pernah diberi penambah baikan pada tahun 2012. Jadi model facelift yang bakal diperkenalkan ini merupakan generasi kedua bagi ASX.

Manakala bagi jentera hatchback comel yang terkenal dengan penjimatan bahan api, Mirage, pula telah menerima rekaan semula bagi gril hadapan dan corong udara bawah. Malah ia turut menampilkan skirt sisi dan lampu belakang LED bagi menyerlahkan lagi gayanya.

Bagi sudut mekanikalnya, ia masih dikekalkan dengan enjin 1.0 liter dan 1.2 liter MIVEC dengan padanan kotak gear sama ada manual lima-kelajuan atau transmisi CVT. Malah kuasanya juga mungkin sama iaitu 71 PS/88 Nm dan 78 PS/100 Nm.

Mitsubishi ASX versi CKD

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *