Laluan Jalan Tun Razak alami perubahan trafik mulai 8 Nov ini

By  |  0 Comments

kl-city-jam

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengeluarkan satu kenyataan media berhubung perubahan beberapa laluan trafik di Jalan Tun Razak mulai 8 November ini, laporan Bernama.

Ia bertujuan melaksanakan penyuraian trafik bagi mengurangkan kesesakan trafik di jalan itu.

Bagi kenderaan dari Jalan Pekeliling Lama hanya dibenarkan susur keluar ke Jalan Ipoh/Jalan Tun Razak manakala untuk ke Lebuhraya Sultan Iskandar, mereka perlu menggunakan persimpangan lampu isyarat di Jalan Ipoh/Jalan Tun Razak.

Kenderaan dari Jalan Tun Razak (dari Jalan Semarak/Jalan Ampang) pula dikehendaki melalui Bulatan Pahang jika ingin ke Jalan Ipoh.

tun-razak-traffic-01

Manakala kenderaan dari Jalan Tun Razak (dari Bulatan Pahang) ke Jalan U-Thant dikehendaki memilih laluan di bawah jejambat persimpangan Jalan Semarak/ Jalan Tun Razak melalui persimpangan Jalan Ampang/Jalan Tun Razak.

Bagi kenderaan ke arah Cheras dan selatan masih boleh menggunakan laluan sedia ada tetapi tidak boleh membelok ke Jalan U-Thant.

Kenderaan dari arah Jalan Ampang (dari Jalan Jelatek) yang memasuki susur kiri ke Jalan Tun Razak (selatan) hanya akan dibenarkan memasuki Jalan U-Thant sahaja.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *