Mercedes-Benz Dream Cars Collection – Himpunan jentera berkuasa dambaan hati

By  |  0 Comments

MBB_IK

Memahami cita rasa segelintir rakyat Malaysia yang menggemari jentera berkuasa tinggi dengan gaya yang elegan, serba mewah dan sporty, Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah memperkenalkan Dream Car Collection.

Dengan menawarkan barisan jentera yang mempunyai prestasi sejati dan pastinya dipenuhi elemen penuh kemewahan, ia bagai menepati citarasa dan kehendak para penggemar kenderaan tempatan.

Dua model yang telah pun diperkenalkan di pasaran tempatan iaitu Mercedes-AMG S-Class Coupe dan Mercedes-Benz E 250 Coupe antara yang terpilih membarisi Dream Car Collection ini.

Turut berada di dalam barisan jentera Dream Car Collection ialah Mercedes-AMG GT S, Mercedes-AMG C 63 dan CLS Coupe yang telah dilancarkan pada awal tahun ini.

Bertambah menarik, penyertaan varian baharu bagi CLC Coupe iaitu CLS 250 memberikan keterujaan yang lebih membara. Model ini mula berada di pasaran Malaysia secara rasminya pada bulan ini.

Menurut Timbalan Presiden, Jualan & Pemasaran Kenderaan Penumpang, MBM, Mark Raine, “Mercedes-Benz Dream Cars Collection ini diharap mampu melonjakkan lagi jenama kami.”

Sambungnya lagi, “Dengan pelancaran barisan jentera di dalam koleksi ini, kami mahu menetapkan standard baharu dengan menawarkan jentera yang memiliki prestasi sejati dan serba mewah buat para pelanggan di Malaysia.”

Setiap satu model yang ditampilkan bagi Mercedes-Benz Dream Cars Collection ini memiliki kehebatan, keunikan dan keterujaan yang tersendiri.

Infokereta.com sedang berada di Pulau Langkawi untuk memandu uji setiap satu model Mercedes-Benz Dream Cars Collection. Walau pun hanya diberikan masa yang agak terhad untuk memandunya, cukuplah sekadar dapat memberikan ulasan serba ringkas dalam artikel akan datang. Tunggu ulasan kami ya!

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *