UMW Toyota umum kempen panggil semula 66,830 unit kenderaannya ekoran masalah suiz utama tingkap kuasa

By  |  0 Comments

Toyota Vios 2013

Toyota Motor Corporation (TMC) telah mengumumkan panggilan semula (recall) peringkat global berkaitan dengan masalah suis utama cermin kuasa pada 21 Oktober lalu.

Ia turut melibatkan Malaysia setelah UMW Toyota Motor mengesahkan program ini yang membabitkan sebanyak 66,830 unit Toyota Vios, Corolla Altis, Camry, Yaris dan RAV4 tahun buatan antara September 2005 hingga Disember 2010.

Mana-mana pemilik yang terlibat dengan program ini akan dihubungi oleh pihak Toyota dalam masa terdekat ini untuk membawa kenderaan masing-masing ke pusat servis bertauliah berhampiran.

Jika suiz tersebut memang bermasalah, ia akan diletakkan dengan minyak gris atau pun sekiranya komponen terbabit masih gagal berfungsi, bod suiz akan ditukar. Kos akan ditanggung oleh pihak Toyota sendiri.

Untuk maklumat lanjut, bolehlah hubungi Talian Bebas Tol Toyota 1800-8-869682.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *