Ferrari F12tdf sedia mengaum! – Terhad hanya 799 unit seantero global

By  |  0 Comments

Ferrari_F12tdf_7

Ferrari telah mengumumkan kesediaan model edisi terhad, F12tdf (Tour de France) memasuki pasaran global. Jentera yang mampu menghamburkan kuasa maksimum sehingga 780 PS ini juga dikatakan bakal memiliki nama lain, antara yang dijangka ialah “GTO” atau “Speciale”.

Ferrari_F12tdf_2

Dibikin hanya 799 unit sahaja, F12tdf telah diberi penambahbaikan dari segi prestasi enjin, aerodinamik dan kuasa dinamik kenderaan, berbanding model F12 Berlinetta.

Dijanakan oleh enjin yang sama iaitu V12 6262cc, F12tdf memiliki kuasa 40 PS lebih ekstra iaitu 780 PS pada 8,500 rpm dengan puncak tork 705 NM pada 6,750 rpm (lebih 15 Nm).

Semua kuasa ini disalurkan pada roda menerusi kotak gear F1 DCT dengan nisbah gear yang dipendekkan sebanyak 6% dan menawarkan penukaran gear lebih 30% untuk gear tinggi dan 40% bagi gear rendah.

F12tdf ini mampu dipacu dari 0-100km/j dalam hanya 2.9 saat dengan kelajuan tertinggi yang boleh dicapai melebihi 340 km/j.

Antara penambahbaikan yang dilakukan termasuklah dipadankan dengan peresap dan spoiler belakang baharu serta struktur yang lebih cekung pada bahagian belakang.

Buat masa ini, harganya masih belum diumumkan namun yang pasti ia akan lebih mahal berbanding model F12 Berlinetta.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *