Ujian memandu kereta automatik mulai April ini

By  |  9 Comments

Attrage08

Selepas tertangguh hampir tiga tahun yang lalu, semalam Harian Metro melaporkan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengumumkan ujian memandu kereta automatik dijangka bakal diimplementasikan bermula April ini. Ia selaras dengan pelaksanaan pengenalan silibus baharu memandu yang turut akan dilaksanakan dalam tempoh yang sama.

Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, pelaksanaan ini sudah tertangguh sejak setahun yang lalu disebabkan masalah MySikap.

Melalui pengenalan ujian memandu dengan kereta automatik ini membolehkan orang ramai membuat pilihan, selain daripada transmisi manual. Ia juga sebagai langkah memudahkan lebih ramai rakyat negara memiliki lesen memandu terutama golongan yang telah berumur dan wanita.

Ia turut memberikan penekanan kepada usaha melahirkan pemandu yang berhemah dan berdisiplin berbanding kurikulum sebelum ini yang lebih kepada kemahiran dan pengetahuan tentang undang-undang di jalan raya.

Walau bagaimanapun, mereka yang lulus ujian menggunakan kenderaan gear automatik akan mendapat lesen yang mengandungi catatan khas sebagai lesen kenderaan automatik dan hanya dibenarkan memandu kenderaan jenis itu saja, manakala yang memilih ujian manual boleh memandu kedua-dua jenis kenderaan.

Sepatutnya ujian memandu menggunakan kereta automatik ini dilaksanakan pada Mei 2012 yang lalu. Namun pada awal Jun tahun yang sama, ia terpaksa ditangguhkan. Menurut Kementerian Pengangkutan (ketika mengumumkan penangguhan tersebut), ia disebabkan kementerian masih menunggu kelulusan peruntukan untuk mencetak buku dan peralatan bagi institut memandu selaras dengan pengenalan kurikulum baru pendidikan pemandu.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

9 Comments

  1. Rosli Bin Ibrahim

    March 1, 2014 at 12:21 am

    Kebanyakan Kereta2 Baru Kuat Makan Minyak Itu Yang Saya Tidak Gemari.Bajet Tiap2 Individu Dan Keluarga Terjejas.Saya Sudah Pun Membuat Aduan Kpd Pengguna Mengenai Perkara Ini.Kos Nya Tinggi Kos Sara Hidup Tinggi.Saya Tidak Mampu Sebagai Pesara Kerajaan.

  2. peroduasale.

    March 28, 2014 at 2:56 pm

    Ape kata mereka

    • harini

      March 31, 2014 at 4:29 pm

      betul ke blh dapat lesen auto

      • Izwaashura Sadali

        March 31, 2014 at 4:32 pm

        Kalau anda ambil lesen transmisi auto, sahihlah dapat lesen auto tetapi tidak boleh memandu kenderaan manual. kalau anda ambil lesen manual, anda boleh memandu kedua-dua transmisi iaitu manual dan auto.

        • fara

          December 1, 2022 at 5:44 pm

          maknanya lesen auto ni dh mula ada sblm tu lgi ke

  3. wan sin

    June 17, 2014 at 10:39 am

    Boleh saya tanya di Sarawak juga dapat belajar kereta auto kah

  4. Bong Woan Shin

    June 17, 2014 at 10:44 am

    Di Sarawak boleh juga belajar kereta auto kah

    • Izwaashura Sadali

      June 17, 2014 at 7:12 pm

      Ia ditangguhkan sekali lagi dan jika dilaksanakan, kemungkinan besar akan menyeluruh sehingga Sabah & Sarawak.

  5. Burhan bin Badaruddin

    November 15, 2020 at 11:45 pm

    Boleh jelaskan apa rasionalnya klu memiliki lesen auto tak blh memandu kereta manual?
    Andaikan seseorang itu blh memandu kedua-duanya?
    Boleh sebutkan saya seksyen berapa akta Pengangkutan Jalan yg ada sebut demikian.
    Terimakasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *