McLaren 650S hasil kombinasi platform 12C & imej P1

By  |  0 Comments

McLaren605S-c

Dunia automotif dari Britain telah membawakan perkhabaran mengenai jentera supercar, McLaren 650S, yang bakal dipertontonkan di Geneva Motor Show 2014 awal Mac ini.

Menerusi foto-foto resolusi rendah yang disiarkan di dalam beberapa laman sesawang automotif terkemuka, telah mengesahkan kehadiran 650S ini selepas McLaren mendedahkan berita ini hujung minggu lalu.

Ia merupakan model di antara 12C dan P1. Di mana pelumpa Formula One terkenal, Jenson Button telah membantu McLaren untuk membangunkan 650S ini mengikut platform 12C yang mampu menghamburkan kuasa maksimum sehingga 650hp hasil tujahan enjin 3.8 liter V8.

McLaren605S-f

Namun ada juga laporan menyebut bahawa jentera ini menerima suntikan baharu untuk sistem suspensi, aerodinamik, sistem brek, transmisi dan tayar. Manakala mengenai imej luarannya pula, ditampilkan mirip seperti jentera P1 terutamanya pada bahagian hadapannya.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai 650S ini, kenalah tunggu Geneva Motor Show 2014 membuka tirainya pada 4 Mac ini.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *