ALAMI Proton 2015 tawar diskaun sehingga 70% bagi alat ganti tulen Proton hujung minggu ini

By  |  0 Comments

Alami_Proton_-001

Jika anda seorang pemilik model Proton, inilah peluang terbaik untuk mendapatkan alat ganti tulen Proton dengan harga yang luar biasa!

Sempena dengan Karnival ALAMI Proton 2015 yang bakal berlangsung pada 3 dan 4 Oktober ini, Proton menawarkan diskaun hebat sehingga 70% bagi alat ganti tulen Proton.

Alat ganti tulen Proton tersebut adalah untuk model Waja, Persona, Wira dan Saga. Ia dijual dengan harga serendah RM1.00. Pelanggan dan pengunjung yang ingin mendapatkan alat ganti tulen Proton dengan harga sangat berpatutan ini disarankan agar datang lebih awal kerana ia tertakluk pada konsep “siapa cepat, dia dapat”.

Jualan murah ini juga adalah untuk para pemilik model Proton mendapatkan alat ganti tulen Proton dengan harga yang berpatutan dan mengelakkan mereka membeli alat ganti yang kurang selamat, palsu dan mahal di pasaran luar.

Selain itu, para pengunjung juga berpeluang melihat lebih dekat barisan kereta pelbagai model dari kelab kereta rasmi Proton. Kereta-kereta milik para ahli kelab berkenaan akan dipamerkan yang memainkan peranan sebagai duta Proton bagi mempromosi lagi servis, produk dan jenama Proton.

Bukan itu sahaja, para pengunjung juga berpeluang menghadiri sesi taklimat daripada pakar Proton mengenai teknologi keselamatan Proton. Juga berpeluang melawat unit Penyelidikan & Pembangunan (R&D) Proton termasuk menyaksikan sendiri kenderaan konsep Proton, sesi pandu uji model baharu Proton serta banyak lagi aktiviti menarik yang bakal menanti kehadiran para pengunjung.

Malah sempena dengan ulang tahun ke-30, Proton turut menawarkan pakej pemilikan menarik termasuklah rebat istimewa untuk model terpilih, kelulusan pinjaman segera untuk pembelian model Proton,kadar faedah serendah 1.99%, 100% skim kewangan bagi kakitangan kerajaan, tawaran hebat khas untuk graduan serta banyak lagi.

Karnival ALAMI Proton 2015 ini akan berlangsung di Pusat Kecemerlangan Proton (COE), Lebuhraya KESAS Shah Alam dari jam 10 pagi hingga 7 malam.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

situs mix parlay euro 2024 judi bola euro parlay dominoqq pkv id pro bandarqq pkvgames bandar qq bandarqq qiuqiu bandarqq pkv games situs bandarqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games pkv qq pkv qq bandarqq pkv pkv games dominoqq