Toyota Australia berhenti beroperasi akhir 2017

By  |  0 Comments

Next year's European-style Corolla sedan. Overseas model shown.

Syarikat pengeluar terbesar kenderaan dunia, Toyota, baru sahaja mengumumkan bahawa operasi pembuatan di Australia bakal berakhir pada penghujung tahun 2017 ini.

Keputusan ini secara tidak langsung turut memberikan impak kepada para tenaga kerjanya serta pembekal komponen di sana.

Toyota yang telah memulakan operasi di sana sejak 50 tahun yang lalu nampak gayanya mengikut jejak langkah Ford dan Holden yang turut mengambil keputusan memberhentikan operasi mereka di Australia pada akhir 2017 ini.

Walau bagaimana pun CEO Toyota Australia, Max Yasuda, mengatakan bahawa Toyota telah berusaha sebaik mungkin untuk memastikan perniagaan mereka berjalan lancar. Namun disebabkan terlalu banyak faktor di luar kawalan maka tindakan penutupan operasi ini dilihat sebagai langkah yang tidak dapat dielakkan. Ini termasuklah melibatkan peningkatan kos pembuatan dan pasaran domestik yang kecil.

Mengikut rekod, sehingga ke hari ini, Toyota Austalia merupakan pengeksport hampir 70,000 kenderaan ke pasaran asing.

Namun enam hari yang lalu, Akio Toyoda iaitu cucu kepada pengasas Toyota, telah berada di Melbourne untuk membuat pengumuman ini yang pastinya mengundang kekecewaan di hati para pekerjanya di sana.

Apa pun Toyota akan terus menjual kenderaan mereka di negara tersebut yang pastinya terpaksa dibawa masuk dari negara lain selepas pemberhentian operasi ini.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *