Shell Eco-marathon Asia – Malaysia berjaya membawa pulang lima anugerah

By  |  0 Comments

Asia 2014 Awards Ceremony

Yeahhh! Malaysia boleh!

Shell Eco-marathon Asia 2014 yang berlangsung di Manila, Filipina, baru-baru ini telah nyata telah memberikan tuah kepada pasukan Malaysia untuk membawa pulang lima anugerah, di mana tiga daripadanya merupakan kategori utama yang dipertandingkan.

Pasukan UiTM Eco-Sprint dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam telah berjaya mendominasi kategori Prototype Hydrogen dengan pencapaian penjimatan kuasa sebanyak 77.6km per kWh. Tempat kedua pula diduduki oleh pasukan UKM 2 Car Fuel Cell yang mewakili Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan penjimatan kuasa 52.1km per kWh.

Manakala bagi kategori Prototype Gas-to-Liquids (GTL) pula, pasukan Universiti Monash Malaysia 2 berjaya menewaskan Gernas daripada Universiti Qatar dengan catatan penjimatan bahan api sebanyak 116.6 km per liter. Malah pasukan tersebut juga memenangi Shell Helix Tribology Award.

Asia 2014 On The Track

UiTM turut menambahkan lagi kejayaan berganda bagi Malaysia apabila berjaya memenangi kategori Urban Concept Hydrogen menerusi pasukan Eco-Planet dengan catatan 44.5km per liter.

Pada tahun ini, sebanyak 12 kategori dipertandingkan dan telah berlangsung dengan penuh jayanya di Luneta Park yang terletak di kota raya Manila. Tahun lalu, Shell Eco-marathon Asia telah berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang.

Juara keseluruhan pada tahun ini berjaya dirangkul oleh pasukan How Much Ethanol dari Kolej Teknologi Panjavidhya, Thailand.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *