Maserati memperkukuhkan kedudukan di rantau Asia & Pasifik

By  |  0 Comments

Maserati Quattroporte

Bukan mudah untuk bersaing dengan jenama kenderaan super mewah yang lain termasuk Ferrari, Lamborghini, dan banyak lagi. Namun bagi Maserati, jenama terkenal dari Itali ini mempunyai strategi tersendiri untuk menerobos pasaran Asia dan rantau Pasifik selain bersaing di benua Eropah sendiri.

Di mana prestasi jualan yang memberangsangkan telah tercatat meningkat sebanyak 27.5% pada tahun lalu. Rekod jualan ini telah tercatat di semua pasaran Maserati di Asia dan rantau Pasifik kecuali Singapura yang sedikit terjejas ekoran perubahan peraturan kerajaan mereka terhadap pencukaian dan kewangan.

Pasaran terbesar bagi Maserati di rantau ini ialah melibatkan pasaran Australia dan Korea Selatan. Selain itu, negara lain yang turut menunjukkan peningkatan terhadap prestasi jualan jenama ini ialah Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan New Zealand.

Ia didominasi dengan penjualan model GranTurismo iaitu sebanyak 47.1% dan diikuti oleh Quattroporte.

Menurut Maserati, peningkatan jualan ini turut didorong oleh pembukaan lebih banyak bilik pameran di merata negara. Malah jenama ini turut mahu mengubah hala tuju pasaran iaitu daripada niche ke pasaran global yang lebih luas dan terbuka bagi kereta mewah.

Maserati Ghibli

Malah tidak lama lagi, Maserati Ghibli akan diperkenalkan di pasaran bagi kenderaan di bawah segmen-E dan bakal ditawarkan pada harga yang menarik. Dengan dua varian iaitu Ghibli dan Ghibli S, kedua-duanya dipadankan dengan enjin generasi baharu 3.0 liter V6 pengecas turbo yang mampu menghamburkan kuasa maksimum sehingga 330 hp dan 440 hp.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *