Mercedes-benz & KBS jalin kerjasama tingkatkan kemahiran tenaga kerja industri automotif

By  |  0 Comments

Photo 2

Mercedes-Benz Malaysia telah menjalinkan hubungan kerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi meningkatkan kemahiran vokasional dalam kalangan belia Malaysia dan memenuhi keperluan industri automotif.

MoU itu ditandatangani oleh Ketua Setiausaha KBS Datuk Jamil Salleh dan Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes-Benz Malaysia Roland Folger.

Di bawah kerjasama itu, seramai 12 pelajar bidang automotif (penyenggaraan kenderaan komersil) berusia antara 19 dan 25 tahun dari Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) akan dipilih mengikuti latihan intensif mengenai produk dan sistem di Pusat Latihan Perantis Mercedes-Benz Malaysia.

Di mana pelajar terpilih akan menimba ilmu dalam bidang penyenggaraan automotif, sistem elektrik, penyelesaian masalah dan kemahiran insani seperti peruncitan sepanjang latihan intensif tiga bulan itu.

Program itu akan bermula pada Oktober ini sehingga Januari depan bertujuan membangunkan modal insan dan melengkapkan diri golongan muda Malaysia dengan kemahiran yang sesuai bagi memenuhi permintaan syarikat multinsional di dalam dan luar negara.

Folger berkata, kerjasama itu dijalin hasil daripara perbincangan, perancangan dan persiapan selama setahun oleh Mercedes-Benz Malaysia, KBS dan IKBN.

“Ditubuhkan lebih 30 tahun lepas, Pusat Latihan Perantis Mercedes-Benz Malaysia telah memberi latihan kepada lebih 700 perantis, yang semuanya diserapkan bekerja dengan rangkaian jualan Mercedes-Benz di seluruh negara,” katanya.

Photo 1

Menteri KBS, Khairy Jamaluddin turut berkata, kerjasama itu sejajar dengan wawasan negara untuk melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan dinamik bagi membolehkan mereka memiliki kelebihan apabila bersaing di pasaran kerja.

“Ia sangat memberikan manfaat yang besar terhadap usaha membangunkan modal insan di negara ini. Lebih penting lagi, ia merupakan contoh jelas bahawa kerjasama antara sektor awam dan swasta boleh mencipta masa depan lebih cerah untuk belia Malaysia,” katanya.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *