Harga tol kekal sehingga hujung tahun ini

By  |  0 Comments

kuang-toll1

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat kenyataan bahawa kadar tol di semua lebuh raya di negara ini tidak akan dinaikkan sehingga hujung tahun ini.

Menurut beliau lagi, keputusan ini telah pun dipersetujui oleh Jemaah Menteri bagi tidak membebankan pengguna dengan kenaikan harga tol.

Walau pun ada syarikat konsesi yang telah mengemukakan cadangan kepada Kementerian Kerja Raya untuk menaikkan kadar tol mengikut perjanjian, namun pihak kerajaan telah membuat keputusan ini bagi mengurangkan beban belanjawan rakyat.

Namun, disebabkan kadar tol masih kekal sehingga tahun ini, pihak kerajaan perlu menampung jumlah ganti rugi kepada syarikat konsesi yang terlibat dengan jumlah kos melebihi RM400 juta.

Dalam masa yang sama, Kementerian Kerja Raya membuat kajian menyeluruh mengenai konsesi tol dengan semua syarikat konsesi. Ia bertujuan bagi melihat semula terma yang boleh dipersetujui termasuk melanjutkan tempoh konsesi sebagai salah satu kaedah untuk tidak menaikkan kadar tol pada masa hadapan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *