Perodua bakal eksport Axia ke Mauritius & Sri Lanka suku ketiga tahun ini

By  |  0 Comments

Axia_Ext_04

Perodua telah mengumumkan bakal mengeksport model Axia ke Mauritius dan Sri Lanka pada suku ketiga tahun ini, menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Aminar Rashid Salleh.

Ketika ditemui dalam majlis pengumuman prestasi Perodua bagi separuh pertama 2015 Jumaat lalu, Aminar turut berkata, Perodua telah pun menghentikan pengeluaran model Viva dan merancang untuk meneruskan jualan dengan memasuki pasaran yang sama.

“Perodua dalam proses perbincangan dengan beberapa pihak lain dan berharap dapat mengeksport Axia ke beberapa buah negara luar mulai suku ketiga tahun ini,” ujar Aminar yang buat masa ini enggan mendedahkan jumlah unit yang bakal dieksport ke negara berkenaan.

Setakat ini, Perodua telah mengeksport model Myvi dan Viva ke tujuh negara lain iaitu Sri Lanka, United Kingdom, Singapura, Brunei, Mauritius, Fiji dan Nepal.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *