Hyundai Xcent-Grand i10 versi sedan membuat penampilan global pertama di India

By  |  0 Comments

Hyundai-Xcent-Delhi-Live-12

Sekali lagi India menerima penghormatan besar kerana dipilih menjadi ‘port’ memperkenalkan model baharu bagi peringkat global. Terbaru, Hyundai Xcent turut membuat penampilan global pertama di kota metropolitan New Delhi.

Hyundai-Xcent-Delhi-Live-8

Diproduksi mengikut model hatchback Grand i10, Xcent merupakan kenderaan sedan yang saiz kerangkanya sedikit kecil berbanding Accent. Ditawarkan dalam dua varian, Xcent dijanakan oleh enjin diesel 1.1 liter ‘U2’ tiga silinder atau petrol Kappa 1.2 liter empat silinder seperti mana Grand i10. Kedua-duanya dipadankan dengan kotak gear manual lima kelajuan. Tetapi pembeli juga boleh memilih varian unit petrol yang bertransmisi automatik dengan empat kelajuan.

Hyundai-Xcent-Delhi-Live-10

Jika dilihat pada rekaan luaran dan dalamannya, ternyata Xcent memang mirip dengan Grand i10.

Antara elemen yang ditampilkan pada model ini ialah penghawa dingin pada bahagian tempat duduk penumpang belakang, cermin pandang belakang elektrokromik lengkap dengan kamera undur, butang penghidup enjin, sistem kunci pintar, sistem audio USB bersama storan 1GB, beg udara berkembar, kawalan membuka but belakang secara elektronik, butang kawalan audio pada stereng dan banyak lagi.

Dijangkakan Hyundai Xcent ini bakal menjengah pasaran India pada bulan hadapan.

Foto ehsan dari Faisal MotorBeam India.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *