Renault Talisman 2016 gagah tampil di peringkat global

By  |  0 Comments

Renault_Talisman_2016_1

Mengotakan janjinya, Renault telah pun memperkenalkan model baharu Talisman dalam penampilan perdana bagi tatapan dunia semalam.

Bagi menggantikan Laguna dan Latitude, Talisman tampil dengan rekaan luaran dan dalaman yang berbeza dengan platform CMF yang memberikan pelbagai sudut kelebihan. Bagi dimensi, Talisman berukuran 4.85 m panjang, 1.87 m lebar dan 1.46 m tinggi, bersama 2.81 m jarak roda dan 698 liter bagi kapasiti kargo.

Renault_Talisman_2016_25

Bahagian hadapannya cukup terserlah dengan gril yang lebih mantap, disambungkan dengan sepasang lampu utama LED yang agak langsing dan lampu nyalaan siang LED berbentuk-C. Profil sisinya juga kelihatan lebih mantap dengan garisan yang diserikan bersama tiang berkilat serta bingkai krom bagi tingkap.

Manakala bahagian belakangnya pula telah membuatkan Talisman memiliki gaya yang tersendiri, terutamanya dengan padanan lampu LED dengan efek 3D.

Renault_Talisman_2016_31

Menjengah bahagian kabinnya pula, kelihatan ada imbas imej Espace dengan ruang yang agak luas. Renault menyatakan Talisman memiliki 262mm ruang lutut, terbaik bagi segmennya, manakala ruang kepala pula berukuran 855mm.

Tempat duduk pemandu memiliki 10 cara pelarasan dengan kusyen haba serta fungsi urut dan enam posisi yang boleh dimemorikan.

Bagi versi spesifikasi paling rendah, ia turut dilengkapi dengan skrin paparan tengah bersaiz 4.2 inci, manakala spesifikasi paling tinggi pula didatangkan dengan skrin sesentuh 8.7-inci bersama sistem hiburan R-Link 2, sistem bunyi Bose dan 13 pembesar suara.

Talisman ini ditawarkan dengan enjin petrol TCe 150 (150 h0) dan TCe 200 (200 hp) pengecas turbo yang bekerjasama dengan kotak gear klac-berkembar tujuh-kelajuan. Manakala enjin diesel pula memiliki varian dCi 110 (130 hp), dC130 (160 hp/320Nm) dan dCi 160 turbo-berkembar (380 Nm) yang kesemuanya dipadankan dengan kotak gear klac-berkembar enam-kelajuan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *