Toyota Previa 2.4 GL diumumkan pada harga RM258k

By  |  1 Comment

IMG_8282

Melalui laman sesawang rasminya, UMW Toyota (UMWT) telah mengumumkan harga baru bagi Toyota Previa 2.4 GL untuk pasaran Malaysia. Semasa memperkenalkannya di KLIMS2013 November lalu, harga yang dijangkakan ialah RM270k tetapi bermula 8 Januari yang lalu, UMWT telah mengesahkan terdapat perubahan harga iaitu dikurangkan kepada RM258k (harga atas jalan termasuk insurans).

Toyota Previa 2.4 GL ini dijanakan oleh enjin 2.4 liter 2AZ-FE empat silinder iaitu sama dengan enjin yang digunakan oleh Camry model terdahulu. Ia mampu menghasilkan kuasa maksimum 170 PS dan tork 224 Nm serta dipadankan dengan kotak gear automatik Super ECT empat kelajuan.

Antara lain-lain elemen yang diterapkan pada MPV mewah ini ialah dipadankan dengan rim aloi bersaiz 17 inci yang membaluti tayar 215/55, pintu gelungsur berkuasa elektrik, sistem kunci pintar, butang penghidup enjin, lampu utama HID, tempat duduk balutan fabrik dengan reka letak 2-2-3 dan dua beg udara.

UMWT turut menawarkan jaminan selama tiga tahun atau jaminan pengeluar sehingga 100,000km. Untuk pengetahuan, Previa turut dikenali sebagai Toyota Estima bagi pasaran Jepun.

toyota-previa-jan-2014-pricelist copy

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *