Perodua eratkan silaturrahim dengan masyarakat setempat sepanjang Ramadan

By  |  0 Comments

DSC_2216

Mengambil berkat sempena Ramadan ini, Perodua telah makin mendekatkan diri dengan masyarakat setempat di sekitar ibu pejabatnya di Sungai Choh, Rawang, dan menghulurkan bantuan yang diperlukan.

Setakat ini, Perodua telah menyumbangkan lebih RM63,000 kepada beberapa institusi di daerah Rawang ini untuk membantu mereka melakukan persiapan bagi menyambut kedatangan Aidil Fitri yang dijangka pada 17 Julai ini.

DSC_0448

“Kami mahu mendekati seberapa ramai yang mungkin, terutamanya yang berhampiran dengan ibu pejabat kami di Rawang ini. Malah kami turut menyumbang sebanyak RM20,000 untuk membina jalan bagi sekolah berhampiran serta sumbangan sebanyak RM21,000 untuk tujuh buah surau antaranya Surau Al-Khairiah Bukit Beruntung, Surau Kampung Orang Asli Serendah and Surau Al- Ittihadiah, Shah Alam,” ujar Presiden & CEO Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh.

Bukan itu sahaja, Perodua turut menyumbangkan wang zakat sebanyak RM20,000 kepada 200 individu yang berkelayakan di kawasan sekitar Sungai Buaya.

Dengan ditemani oleh ahli jawatan kuasa masjid dan juga barisan pengurusan Perodua, Datuk Aminar turut mengunjungi kediaman beberapa buah keluarga yang kurang bernasib baik dan menghulurkan bantuan yang diperlukan.

Bukan itu sahaja, seramai 60 sukarelawan Perodua turut mengambil bahagian menyertai masyarakat setempat bagi membersihkan masjid berhampiran dan menyediakan bubuk lambuk untuk diedarkan kepada orang ramai.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *