NAZA Quest buka Pusat 3S Chevrolet di Butterworth

By  |  0 Comments

Chevrolet Butterworth

Awal bulan ini, NAZA Quest Sdn Bhd telah membuka cawangan kedua Pusat 3S Chevrolet di Pulau Pinang. Terletak di Taman Bintang, Butterworth, pembukaan cawangan ini menjadikan jumlah Pusat 3S di Malaysia menjangkau ke-27 buah.

Majlis pelancarannya telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Operasi NAZA Quest Sdn Bhd, Norzahid Mohd Zahudi bersama Pengarah Urusan Ooi Ting Chong Holdings Sdn Bhd, Ooi Choon Peng.

Chevrolet Butterworth Opening

Sebanyak RM3 juta telah dibelanjakan untuk membuka pusat fasiliti seluas 5,000 kaki persegi ini, ia merangkumi pusat penyelenggaraan kenderaan dan juga bilik pameran bagi model terkini Chevrolet iaitu Captiva, Cruze, Sonic dan Orlando. Malah Pusat 3S Chevrolet ini juga tidak ketinggalan mempamerkan model Colorado yang dinaik taraf yang mempunyai kuasa tork maksimum sehingga 500Nm pada 2,000rpm.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *