NAZA Italia memperbaharui bilik pameran Ferrari & Maserati – Bakal lancar Ferrari 488 GTB esok

By  |  0 Comments

Naza_Italia_10

Selaku pengimport dan pengedar tunggal jenama Ferraro dan Maserati di Malaysia, NAZA Italia Sdn Bhd sentiasa berusaha melakukan yang terbaik dalam rangkaian pengedaran dua jenama mewah ini. Terbaru, NAZA Italia telah melabur sebanyak RM5 juta bagi memperbaharui bilik pameran dua jenama ini di Malaysia.

Ia merupakan sebahagian daripada program pengembangan syarikat dan sekali gus merupakan identiti korporat global baharu bagi Ferrari dan Maserati.

Malah NAZA Italia turut merancang menaik taraf bengkel penyelenggaran dan meningkatkan lagi perkhidmatan selepas jualan yang lebih baik kepada para pelanggannya.

Naza_Italia_01

Terletak bersebelahan dengan NAZA Auto Mall, Petaling Jaya, pusat pameran NAZA Italia dengan wajah baharu ini telah dilancarkan oleh Pengerusi eksekutif kumpulan merangkap CEO Kumpulan Syarikat NAZA World, Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin. Malah pembukaan pusat pameran ini sekali gus sempena dengan sambutan ulang tahunnya yang ke-40 tahun ini.

Turut hadir sama dalam majlis pelancaran ini ialah Pengarah Urusan Ferrari Far East, Dieter Knechtel, Pengarah Serantau Maserati Asia, Fabrizio Cazzoli, Timbalan Presiden Kanan 2 4-Wheel Division Kumpulan Syarikat NAZA, David Hector Ratnaike dan Timbalan Presiden 1 NAZA Italia Sdn Bhd, Wan Ahmad.

NAZA Italia telah membawa masuk jentera pelbagai jentera hebat Ferrari termasuklah Ferrari 458, FF, California T, F12berlinetta dan akan melancarkan Ferrari 488 GTB esok. Manakala model Maserati yang diperkenalkan di negara ini, antaranya Quattroporte, GranTurismo, GranCabrio dan Ghibli.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *