Chevron-Bosch jalin usaha sama melancarkan bengkel servis kereta Bosch pertama di Caltex

By  |  0 Comments

bosch

Bagi pemandu di sekitar Kuala Lumpur kini mempunyai satu lagi alternatif untuk menyelenggarakan kenderaan masing-masing dengan menghantarnya di bengkel servis kereta Bosch yang pertama dibuka di stesen minyak Caltex. Terletak di Jalan Pudu, bengkel servis kereta ini merupakan kerjasama antara syarikat yang memasarkan bahan api dan minyak enjin, Chevron dengan Bosch yang terkenal sebagai pengeluar alat ganti automotif.

Bengkel ini menawarkan produk alat ganti automotif berkualiti tinggi, peralatan diagnosis kenderaan terkini dan perisian bengkel ESI[tronic] oleh Bosch, yang telah dikenalpasti bersesuaian digunakan oleh 90% model kenderaan di rantau Asia Pasifik. Dengan mekanik terlatih yang pakar dalam teknologi automotif, bengkel ini turut menjalani servis audit kualiti untuk memastikan Bosch menepati piawaian standard antarabangsa.

Menurut Pengerusi Chevron Malaysia Limited, Jeremy Oh, “Di Caltex, kami sering kali mencari peluang untuk menepati gaya hidup yang diperlukan oleh pemilik kenderaan. Kami mendapati kebanyakan stesen minyak hanya menawarkan kedai sehenti untuk keperluan para pemilik kenderaan. Justeru, kami sepakat menjalinkan usaha sama dengan Bosch dalam menawarkan suatu perkhidmatan yang diperlukan oleh para pelanggan. Di mana mereka ke Caltex bukan semata-mata untuk mengisi minyak, bahkan boleh menyenggara kenderaan.”

Manakala Pengarah Jualan Zon Barat ASEAN Bosch, Michael Goh, pula berpendapat, “Pusat servis Bosch memahami keperluan para pelanggan yang inginkan kualiti terbaik dalam penyenggaraan kenderaan mereka pada harga yang sangat berpatutan. Untuk itu, Bosch menawarkan perkhidmataan yang diperlukan. Kami yakin bahawa para pelanggan pastinya berpuas hati dengan kualiti penyenggaraan dan perkhidmatan membaiki yang ditawarkan oleh stesen minyak Caltex ini.”

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *