Proton Satria Neo Standard 4AT dilancarkan pada harga bermula RM54k

By  |  0 Comments

Neo4AT02

Infokereta kini berada di Karnival Jualan Proton yang berlangsung di Auto City, Juru, Pulau Pinang, untuk membuat liputan mengenai pelancaran Satria Neo Standard 4AT dan Proton Inspira Super Premium.

Dilancarkan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dato’ Lukman Ibrahim, model ini diberi penaiktarafan bagi memberikan pilihan kepada pelanggan terutamanya yang gemarkan pengendalian mantap dan imej kenderaan yang lebih sporty.

Neo4AT09

Bagi Satria Neo Standard 4AT, ia merupakan model yang diberi penambah baikan berdasarkan versi Satria Neo Standard MT. Bagi menambahkan imej sporty, Satria Neo Standard 4AT ini dipadankan dengan kit badan R3 (lengkap dengan skirt sisi dan spoiler belakang), rim aloi bersaiz 16 inci, R3 Wheel Arches, lampu kabus hadapan dan Sill Moulding.

Tiada perubahan mekanikal yang dilakukan untuk Satria Neo Standard 4AT ini dan masih menggunakan enjin yang sama iaitu 1.6 Campro CPS yang mampu menghamburkan kuasa 125 hp pada 6,500rpm dan tork 150 Nm pada 4,500rpm. Manakala bagi transmisi, ia menggunakan kotak gear automatik dengan empat kelajuan.

Neo4AT04

Satria Neo Standard 4AT ini dijual pada harga (atas jalan berserta insurans) RM54,513.50 (warna solid) dan RM54,963.50 (warna metalik). Didatangkan dengan pilihan warna GTi Silver, Tranquility Black, Solid White dan Fire Red. Setiap pembelian turut ditawarkan jaminan selama dua tahun atau 50,000km (yang mana terlebih dahulu).

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *