Proton Inspira Super Premium diperkenalkan dengan harga RM102,000

By  |  0 Comments

InspiraSP24

Sejak diperkenalkan pada tahun 2010, Proton Inspira telah terjual sebanyak 3,200 unit sehingga 2013. Melihat akan sambutan yang agak menggalakkan itu, Proton telah mengambil keputusan untuk memperkenalkan Inspira Super Premium pula. Model ini turut dilancarkan serentak dengan Satria Neo Standard 4AT di Auto City, Juru, Pulau Pinang sempena dengan penganjuran Karnival Jualan Proton yang berlangsung pada hari ini selama tiga hari.

Dengan harga RM102,000, Inspira Super Premium ini boleh dianggap sebagai model paling top dalam kesemua model keluaran Proton. Apakah pertambahan yang ada pada model Inspira Super Premium ini dengan harga yang boleh dikatakan sedikit tinggi berbanding dengan model sedia ada Inspira 2.0P iaitu RM92,450 (solid) dan RM92,900 (metalik)?

InspiraSP23

Jawapannya ialah varian ini dilengkapi dengan rim aloi R3 bersaiz 18 inci dan kit badan R3 termasuklah Front Splitter, skirt sisi, rear apron dan boot spoiler. Imej luarannya dicantikkan dengan R3 Sport Spring dan pelekat R3 ‘Blood Stripe’. Ia hanya menawarkan satu warna bagi Inspira Super Premium ini iaitu Solid White.

InspiraSP02

Tiada perubahan daripada segi mekanikal. Inspira Super Premium ini dijanakan oleh enjin 2.0 dengan padanan kotak gear CVT.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *