Perodua Sentral PJ mula beroperasi hari ini

By  |  0 Comments

EMY_0036

Pusat Sehenti 3S (jualan, servis dan alat ganti) pertama Perodua telah mula beroperasi di Seksyen 19, Petaling Jaya, sebagai memenuhi permintaan para pelanggan yang menetap di kawasan sekitarnya.

Turut dikenali Perodua Sentral, ia merupakan penanda aras baharu bagi Perodua yang turut memfokuskan operasi jualan dan perkhidmatan selepas jualan bagi para pelanggannya.

“Cawangan baharu ini ditubuhkan dengan standard dan penanda aras yang baharu bagi semua cawangan kami di seluruh negara dengan fokus untuk memuaskan hati pelanggan kami. Ia juga dilihat mampu memperkukuhkan lagi jenama dan posisi kami di dalam pasaran domestik, di samping meningkatkan lagi kredibiliti di peringkat serantau,” ujar Presiden & CEO Perodua, Datuk AMinar Rashid Salleh.

Perodua Sentral ini dibina dengan kos pelaburan sebanyak RM40 juta ini dianggap sebagai pemulaan dan transformasi baharu bagi Perodua di dalam menceriakan para pelanggannya.

Malah pelbagai fasiliti turut ditawarkan termasuklah kafe, parkir bertingkat dengan 184 petak parkir, bilik jualan, 37 petak penyelenggaraan, dua tingkat bagi ruang operasi bagi jualan dan perkhidmatan selepas jualan dan juga ruang untuk sebarang acara.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *