Katakan TIDAK pada perlumbaan jalanan!

By  |  0 Comments

Screen Shot 2015-05-02 at 19.51.46

Hari ini hati InfoKereta.com ibarat tersagat dan tersiat membaca berita mengenai kemalangan ngeri di Lebuh Raya Duke yang berlaku tengah malam tadi. Ia dikatakan berpunca daripada kedurjanaan enam pelumba jalanan yang memandu Perodua Myvi yang sengaja menunjuk taring dan kejaguhan berlumba sesama sendiri sehingga mengakibatkan sepasang suami isteri bersama bayi mereka yang berusia tujuh bulan kehilangan nyawa.

Dan menambahkan kesedihan ini apabila kemalangan tersebut turut menyebabkan dua adik beradik perempuan iaitu cahaya mata kepada pasangan malang tersebut bergelar anak yatim piatu.

Menurut laporan Bernama, nahas membabitkan tiga buah kenderaan di KM 6.2 Lebuhraya Duke awal pagi tadi. Mereka ialah Fairuz Nizam Husain, 35, isterinya Nova Safitri Azhari, 25, dan bayi mereka Nur Firuza Annisa.

Fairuz yang memandu kenderaan Pajero maut di tempat nahas manakala isteri dan anaknya meninggal di Hospital Kuala Lumpur.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, DSP S. Markandan berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 1.05 pagi di laluan dari arah Ulu Klang menghala Jalan Duta.

Beliau berkata kemalangan berlaku apabila kereta Pajero itu yang berada di lorong tengah dipercayai digesel dari sebelah kanan oleh sebuah kereta Myvi.

“Akibat pelanggaran itu, kereta mangsa terbabas di sebelah kiri sebelum dilanggar sebuah lagi kereta Myvi yang berada di lorong kiri.

“Kenderaan mangsa berpusing beberapa kali dan menyebabkan mereka tercampak di atas jalan,” katanya.

Kedua-dua pemandu kereta Myvi itu termasuk seorang wanita berumur 35 tahun cedera ringan manakala seorang lagi pemandu lelaki berumur 31 tidak mengalami kecederaan.

Walau bagaimana pun, pihak polis sedang menyiasat punca kemalangan maut tersebut.

Namun menurut beberapa kenyataan saksi kejadian yang dipetik dari laman media sosial termasuk Facebook, kemalangan itu berpunca daripada Myvi terbabit yang berlumba sesama sendiri.

Pihak polis turut berkata, buat setakat ini tiada bukti yang mengaitkan soal perlumbaan haram ini. Namun berdasarkan kesan brek pada jalan, ada tanda-tanda kenderaan terbabit dipandu dalam kelajuan yang tinggi. Malah lebuh raya terbabit juga tidak dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengesahkan punca kejadian, laporan Buletin Utama sebentar tadi.

Screen Shot 2015-05-02 at 20.03.23

Ekoran kejadian ini, ia telah menimbulkan kemarahan ramai terutamanya para pengguna Internet atau Netizen, yang meluahkan rasa amarah itu dalam pelbagai medium laman media sosial. Kebanyakannya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pemandu Myvi terbabit yang dianggap pelumba-pelumba jalanan tersebut dan meminta pihak berkuasa segera mengambil tindakan sewajarnya.

Malah kelab kereta yang dinaungi oleh pemilik-pemilik Myvi terbabit digesa supaya mengambil tanggungjawab agar tidak ‘menyembunyikan’ ahli mereka yang terlibat. Malah ada netizen yang menggesa agak kelab terbabit bertanggungjawab membela nasib anak-anak pasangan tidak bernasib baik tersebut sehingga mereka dewasa.

Jika benarlah kemalangan jiwa ini disebabkan kerakusan pengguna jalan raya yang bersikap durjana atau rendah mentalitinya sehingga bertindak membahayakan nyawa sendiri dan orang lain, ia suatu perkara yang sukar untuk diterima. Apatah lagi dimaafkan.

Kerakusan sebegini sehingga mengundang kecelakaan pada pengguna jalan raya yang tidak bersalah adalah suatu perkara yang sukar diterima dek akal yang waras.

Ini bukannya kejadian pertama kali yang menyebabkan kemalangan jiwa yang berpunca daripada pelumbaan haram. Sudah ‘melambak’ kes sebegini berlaku di negara kita, cuma ia tidak dijadikan iktibar atau pengajaran. Sebaliknya masih ada yang rakus mahu menunjukkan hebat sesama sendiri, beraksi di jalan raya awam tanpa memikirkan kepentingan bersama.

Sebagai pengamal media yang berjuang dalam industri permotoran dan automotif, Infokereta.com menyarankan agar mereka-mereka yang ingin ‘test power’ skil pemanduan atau kehebatan kenderaan masing-masing supaya menyertai perlumbaan yang HALAL yang banyak dianjurkan oleh pelbagai pihak. Sudah pastinya perlumbaan ini berlangsung di litar lumba oleh penganjur yang bertauliah.

Selain perlumbaan HALAL, anda juga boleh menyertai track day di litar lumba walau pun ini bukan acaranya untuk berlumba. Namun sekurang-kurangnya boleh dijadikan ‘tempat anda melepas geram’ dalam keadaan yang terkawal dan tidak merbahayakan.

Sekadar gambar hiasan

Sekadar gambar hiasan

Tidak kiralah sehebat mana pun skil pemanduan anda, atau pun kereta yang dipandu, ini bukan seperti adegan dalam filem ‘Fast & Furios’. Ini kehidupan realiti, dan diharap perkara yang mendukacita sebegini tidak berulang lagi. Jangan disebabkan dek kedangkalan dan kerakusan itu, menyebabkan ada individu kehilangan orang yang tersayang.

Satu lagi pesanan tanda ingatan (tulus ikhlas), bagi yang menerajui atau menganggotai mana-mana kelab permotoran, disarankan agar selalu saling ingat-mengingati antara satu sama lain agar tidak melanggar peraturan jalan raya terutamanya ketika berkonvoi. Jika berkonvoi dalam jumlah yang ramai, anda disarankan mendapatkan khidmat nasihat dan escort daripada pihak polis.

Ini kerana ada sesetengah kelab yang tidak menggunakan khidmat anggota polis dalam konvoi mereka sengaja ‘menahan’ kenderaan lain semata-mata mahu memberikan laluan pada pergerakan mereka. Ada marshal menggunakan siren (ada yang menggunakan pembesar suara) agar pengguna jalan raya yang lain memberikan laluan pada mereka.

Kalau mengikut pihak berkuasa, perkara sebegini tidak dibenarkan sama sekali. Di mana hanya pihak berkuasa sahaja yang mempunyai autoriti untuk berbuat demikian. Jika perkara ini tidak begitu jelas dan perlukan pencerahan, seeloknya anda mendapatkan nasihat sewajarnya daripada pihak berkuasa. Bukannya bertindak sesuka hati.

Konklusi di sini, sentiasa ingat dan amalkan pemanduan berhemah.

Jangan lupa pakai tali pinggang keselamatan sepanjang perjalanan dan letakkan si kecil anda di kerusi bayi (baby car seat), bukannya di pangkuan.

Pandu cermat, jiwa selamat.

Pencerahan daripada Wikipedia mengenai maksudnya LUMBA HARAM.

Pencerahan daripada Wikipedia mengenai maksudnya LUMBA HARAM.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

redmiqq bandarpkv bagiqq viralqq lonteqq serverpkv abangqq 788bola ligadunia365 resmibet 66mega https://halofkmusu.or.id/wp-includes/blocks/details/pokerqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/blocks/details/dominoqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/css/dist/patterns/parlay/ https://greenstem.swu.bg/wp-includes/bandarqq/ https://greenstem.swu.bg/wp-includes/getwin/ https://greenstem.swu.bg/wp-includes/dominoqq/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/pkvgames/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/bandarqq/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/dominoqq/ https://royalindiantaste.be/wp-includes/bandarqq/ https://royalindiantaste.be/wp-includes/pkvgames/ https://royalindiantaste.be/wp-includes/dominoqq/ https://edp-ppend1.swu.bg/wp-includes/pkvgames/ https://edp-ppend1.swu.bg/wp-includes/bandarqq/ https://edp-ppend1.swu.bg/wp-includes/dominoqq/ http://s1.joost.com/ https://dbqpbvms.org/cr-7/bandarqq/ https://dbqpbvms.org/cr-7/pkvgames/ https://dlc.com.sa/bandarqq/ https://dlc.com.sa/pkvgames/ https://dlc.com.sa/dominoqq/ https://airportscouncil.org/wp-content/uploads/pokerqq/ https://airportscouncil.org/wp-content/uploads/bandarqq/ https://airportscouncil.org/wp-content/uploads/2024/slotgacor/index.html https://airportscouncil.org/wp-content/uploads/dominoqq/ https://airportscouncil.org/wp-content/uploads/pkvgames/ https://ladyblossomke.co.ke/wp-includes/bandarqq/ https://www.naturecure.org.in/naturecure/pkv/ https://ieomsociety.org/indonesia/wp-content/uploads/2020/pkvgames/ https://dbqpbvms.org/docs/parlay/ https://dbqpbvms.org/mixparlay/ https://dbqpbvms.org/bandarqq/ https://dbqpbvms.org/public/domino99/ https://www.dentalworldindia.com/web/bandarqq/ https://www.dentalworldindia.com/ind/99/ https://www.dentalworldindia.com/oral-care/pkv/ https://www.dentalworldindia.com/qiuqiu/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/bandarqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/pkvgames/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/qiuqiu/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/l10n/mixparlay/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/l10n/77rabbit/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/plugins/elementor/halo-usu/dominoqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/interactivity-api/demo/slotdemo/ https://suarausu.or.id/wp-content/tutor/ https://suarausu.or.id/wp-content/web/qiuqiu/ https://suarausu.or.id/wp-content/public/mposlot/ https://suarausu.or.id/wp-content/public/slot77/ https://suarausu.or.id/wp-content/Apk/mt777/ https://suarausu.or.id/wp-content/Apk/rp777/ https://suarausu.or.id/wp-content/post/77rabbit/ https://www.ahcfacilities.com/docs/pkvgames/ https://c-lines.com/wp-includes/web/qiuqiu/ https://c-lines.com/project/dominoqq/ https://www.sorsicorti.it/gifts/pokerqq/ https://www.sorsicorti.it/gifts/pkvgames/ https://petrosains.com.my/wp-content/plugins/docs/bandarqq/ https://petrosains.com.my/wp-content/plugins/docs/pkvgames/ https://petrosains.com.my/wp-content/plugins/webs/dominoqq/ https://petrosains.com.my/wp-content/sains/77rabbit/ https://www.petronastwintowers.com.my/wp-content/plugins/towers/bandarqq/ https://www.petronastwintowers.com.my/wp-content/plugins/towers/dominoqq/ https://www.petronastwintowers.com.my/wp-content/plugins/towers/pkvgames/ https://www.apty.io/wp-includes/apty/bandarqq/ https://www.apty.io/wp-includes/apty/dominoqq/ https://www.apty.io/wp-includes/apty/pkvgames/ https://www.apty.io/wp-includes/games/parlay/ https://dap.apty.io/demo/slotdemo/ https://dap.apty.io/demo/slot777/ https://dap.apty.io/demo/mposlot/ https://dap.apty.io/demo/77rabbit/ https://wpsotp.schooloftomorrow.ph/sch-ph/qq/ https://neerajbhagat.com/bandarqq/ https://neerajbhagat.com/dominoqq/ https://neerajbhagat.com/pkvgames/