Volkswagen Beetle Bug Edition selamat dilancarkan – Unit terhad & harga RM147k

By  |  0 Comments

Volkswagen_Beetle_Bug_Edition_ 001

Volkswagen Group Malaysia (VGM) telah pun memperkenalkan model edisi terhad Beetle Bug Edition khas untuk pelanggannya di negara ini.

Bahagian mekanikalnya adalah sama dengan varian 1.2 TSI Sport bersama kuasa 104hp dan tork 175Nm. Namun apa yang ditampilkan oleh Volkswagen Beetle Bug Edition ini adalah pelekat jaluran khas berwarna hitam yang ditampal pada bahagian hadapan, sisi, bumbung dan belakang. Side sills tertulis “Bug” juga terdapat pada kedua bahagian sisi model ini. Malah terdapat logo “Bug” turut dilekatkan pada bahagian belakang model edisi khas ini.

Bahagian kabinnya juga tidak ada perbezaan dan masih sama dengan varian Beetle 1.2 TSI Sport.

Berharga RM146, 888, VGM hanya menawarkan 200 unit Beetle Bug Edition sementara stok masih ada.

Volkswagen_Beetle_Bug_Edition_ 004

Didatangkan dalam lima warna iaitu Graciosa Brown, Deep Black, Pure White, Saturn Yellow dan Tornado Red, para pelanggan boleh menempahnya di semua pengedar Volkswagen di seluruh negara mulai Mei 2015.

Pengarah Urusan Volkswagen Group Malaysia, Armin Keller berkata, “Beetle Bug Edition ini adalah satu cara untuk kami berhubung dengan para peminat Beetle di Malaysia dan menawarkan mereka alternatif yang lebih menyeronokkan berbanding model asal Beetle.”

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *