Chevrolet Sonic 1.6 sedan & hatchback diperkenalkan – Tawaran adalah terhad!

By  |  0 Comments

Chevrolet_Sonic_IK 009

Selain Chevrolet Colorado Sport Edition dan Cruze Sport Edition, Chevrolet Malaysia menerusi NAZA Quest turut memperkenalkan varian baharu bagi Sonic iaitu Sonic LTZ 1.6 dengan pilihan sedan dan hatchback.

Sonic LTZ 1.6 ini ditawarkan pada harga atas jalan RM86,782.23 termasuk insurans.

Bagi varian baharu ini, ia dipadankan dengan enjin 1.6 liter yang mampu memberikan kuasa 114 hp pada 6,000 rpm dan tork setinggi 155 Nm pada 4,000 rpm. Ia juga digabungkan dengan transmisi automatik enam-kelajuan.

Selain itu, sistem hiburannya juga telah ditambah baik dengan adanya sistem skrin sesentuh Chevrolet MyLink.

Menurut NAZA Quest, stok bagi Sonic LTZ 1.6 ini adalah terhad.

Sebelum ini, barisan bagi Sonic 1.4 liter dengan kuasa 100 hp dan tork 130 Nm turut dipasarkan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *