Mercedes-Benz Malaysia catat rekod cemerlang pada suku pertama 2015

By  |  0 Comments

Photo 1

Mercedes-Benz Malaysia memulakan suku pertama tahun 2015 dengan memperkukuhkan posisi di bawah segmen kenderaan penumpang, dengan mencatatkan jualan sebanyak 1,886 unit, iaitu meningkat sebanyak 13% berbanding suku yang sama tahun 2014.

Rekod baharu bagi jualan bulan juga telah dicatatkan pada suku pertama ini di mana sebanyak 967 unit telah dijual pada bulan Mac.

Jualan tertinggi telah dicatatkan oleh W212 E-Class dengan 1,034 unit telah dijual. Sementara itu, unit pemasangan tempatan (CKD) bagi E300 BlueTEC Hybrid pula telah dijual sebanyak 638 unit. Manakala model W222 S400L Hybrid yang diperkenalkan pada Mei tahun lalu, telah mencatatkan jualan sebanyak 270 unit pada suku pertama.

Selain itu, model W176 A-Class, C117 CLA-Class dan GLA-Class, turut terjual sebanyak 418 unit pada suku pertama dan W205 C-Class pula 140 unit pada tempoh yang sama.

Menurut Mark Raine, Timbalan Presiden, Mercedes-Benz Passenger Cars, “Model CLS400 yang dilancarkan pada Mac lalu dan beberapa lagi model yang bakal menyusul pada tahun ini, membuatkan kami percaya dengan posisi sebagai peneraju kenderaan penumpang premium mewah di Malaysia ini mampu dikekalkan”.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *