Mitsubishi ASX tawar waranti lima tahun & penyelenggaraan percuma – Hanya untuk 1k unit pertama sahaja!

By  |  0 Comments

ASXdrive16

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah menawarkan waranti selama lima tahun termasuk penyelenggaraan percuma bagi model ASX. Bagi penyelenggaraan percuma ini termasuklah kos buruh, minyak enjin, penapis minyak, pembersih udara, minyak transmisi, penapis bahan api, cecair brek dan penyejuk.

Tawaran waranti selama lima tahun termasuk penyelenggaraan percuma ini hanya terhad untuk 1,000 unit pertama sahaja, bergantung pada terma dan syarat.

Harga yang ditawarkan sangat kompetitif iaitu RM117,334.31 untuk 2WD dan RM131,828.59 bagi 4WD, ASX ini dijanakan oleh enjin MIVEC 2.0 liter dengan kuasa maksimum 150 PS dan tork 197 Nm. Kedua-dua varian 2WD dan 4WD turut dipadankan dengan transmisi yang sama iaitu INVEC-III CVT enam kelajuan dengan Mod Sport.

Untuk aspek keselamatan, kedua-dua varian ini turut didatangkan dengan tiga beg udara, ABS, EBD, pengesan hujan automatik, tempat duduk balutan kulit, navigasi, kamera undur, dan banyak lagi.

ASXdrive37

Terdapat elemen ekstra untuk varian 4WD iaitu fungsi kawalan cengkaman, sistem bantuan mendaki bukit, kawalan kestabilan aktif, bumbung panoramik, pedal penukar gear, butang penghidup enjin dan kemasan krom pada gril hadapan serta lampu kabus.

Ia didatangkan dengan empat pilihan warna iaitu Black Mica, Titanium Grey, Cool Silver dan Solid White.

Untuk ulasan pandu uji Mitsubishi ASX, sila KLIK DI SINI.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

situs mix parlay euro 2024 judi bola euro parlay dominoqq pkv id pro bandarqq pkvgames bandar qq bandarqq qiuqiu bandarqq pkv games situs bandarqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games pkv qq pkv qq bandarqq pkv games dominoqq pkv games pkv pkvgames qiuqiu pkv pkv games bandarqq dominoqq pkvgames slotgacor parlay pokerqq parlay
situs mix parlay euro 2024 judi bola euro parlay dominoqq pkv id pro bandarqq pkvgames bandar qq bandarqq qiuqiu bandarqq pkv games dominoqq situs bandarqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games pkv qq pkv qq bandarqq pkv pkv games dominoqq