NAP 2014 : UMW Toyota sambut baik usaha kerajaan

By  |  0 Comments

Datuk Ismet Suki with the Toyota Camry Hybrid

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) menyambut baik usaha yang diambil oleh kerajaan yang diumumkan di dalam Dasar Automotif Nasional (NAP) 2014 semalam oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Menurut Presiden UMWT, Datul Ismet Suki, “Kami sangat berbesar hati apabila pihak kerajaan memberikan pandangan yang sungguh jelas berkaitan dengan spesifikasi kenderaan EEV. UMW Toyota Motor akan meneliti semula model yang sedia ada untuk model yang akan datang agar ia menepati spesifikasi yang diperlukan bagi EEV. Kami juga akan terus memberikan sokongan terhadap usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab EEV dengan memperkenalkan model Toyota Camry hibrid unit CKD pada hujung tahun ini.

Berkenaan dengan pembangunan vendor, Datuk Ismet berkata, “Kami mengalu-alukan sasaran NAP 2014 untuk membangunkan vendor tempatan yang mampu mencapai tahap antarabangsa untuk menjadi pembuat dan pembekal komponen kenderaan yang diperlukan. Ini juga mampu menjadi penanda aras bagi masa depan industri automotif Malaysia sendiri.”

Beliau turut menambah, “Untuk meningkatkan penerimaan dan mengikut kemampuan para pelanggan, UMWT akan terus memberikan harga yang terbaik untuk model-model kenderaan kami. Dengan mengimplementasikan teknologi rekaan dan elemen-elemen yang diperlukan, kami percaya Toyota dan Lexus adalah untuk semua golongan di mana salah satu objektif NAP 2014 sendiri adalah ingin menawarkan harga yang kompetitif untuk semua model baharu.”

Malah UMWT juga menyokong inisiatif kerajaan di dalam mengimplementasikan Pemeriksaan Kenderaan Secara Sukarela (VVI) bagi mempertingkatkan kesedaran rakyat Malaysia terhadap isu keselamatan kenderaan. Walau bagaimana pun, perkara ini perlulah dibincangkan oleh pihak kerajaan bersama pemain industri di dalam menentukan kriteria, mekanisma dan melantik agensi yang bertanggungjawab di dalam program ini. UMWT turut mencadangkan agar fasiliti pengedar kenderaan dibenarkan untuk menyelia pemeriksaan ini.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

situs mix parlay euro 2024 judi bola euro parlay dominoqq pkv id pro bandarqq pkvgames bandar qq bandarqq qiuqiu bandarqq pkv games situs bandarqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games pkv qq pkv qq bandarqq pkv pkv games dominoqq pkv games pkvgames qiuqiu pkv pkv games pokerqq dominoqq bandarqq bandarqq dominoqq mixparlay pkvgames slotgacor parlay pokerqq
situs mix parlay euro 2024 judi bola euro parlay dominoqq pkv id pro bandarqq pkvgames bandar qq bandarqq qiuqiu bandarqq pkv games dominoqq situs bandarqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games pkv qq pkv qq bandarqq pkv pkv games dominoqq