NAP 2014 : Insentif bagi unit CBU kenderaan hibrid dan EV tidak akan diteruskan

By  |  0 Comments

CRZ copy

Melalui pengumuman NAP 2014 ini juga, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed telah mengesahkan bahawa insentif cukai bagi kenderaan hibrid yang diimport sepenuhnya (unit CBU) tidak akan diteruskan.

Katanya, “Pengecualian bagi duti eksais dan cukai import bagi hibrid dan EV hanya akan disambung bagi model yang yang dipasang di Malaysia (unit CKD). Ia akan disambung sehingga 31 Disember 2015 bagi hibrid dan 31 Disember 2017 untuk EV.”

Pengumuman ini bermakna spekulasi berkenaan dengan perkara ini yang berlegar-legar di dalam industri automotif sebelum ini adalah sahih. Ia membabitkan model hibrid popular yang berada di bawah kapasiti enjin 2.0 liter seperti Toyota Prius dan Prius C, Honda Civic Hibrid, Honda Insight, Honda CR-Z, Lexus CT200h dan Audi A6 Hibrid. Manakala bagi kenderaan elektrik (EV) pula terdapat dua model yang menerima kesannya iaitu Mitsubishi i-MiEV dan Nissan Leaf.

Walau bagaimana pun, difahamkan bahawa stok kenderaan hibrid dan EV yang masih terdapat di Malaysia buat masa ini dikekalkan harganya (sehingga kehabisan stok). Untuk pengetahuan, buat masa ini, hanya ada satu sahaja model hibrid unit pemasangan tempatan iaitu Honda Jazz Hibrid.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *