Sasaran NAP 2014 bagi meningkatkan lagi industri automotif tempatan

By  |  0 Comments

photo

Bagi pemerhati dan pengikut industri automotif tempatan, pasti menantikan apakah isi kandungan yang diumumkan berkenaan dengan Dasar Automotif Nasional (NAP) 2014. Petang ini Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri Malaysia, YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed telah mengumumkan NAP 2014 bagi menjawab pertanyaan ramai mengenainya.

Menurut Dato’ Sri Mustapa, NAP 2014 bakal mengubah industri automotif Malaysia menjadi salah satu komponen penting bagi ekonomi negara. Pada tahun lalu, industri automotif telah menyumbangkan sebanyak RM30 bilion untuk Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Persaingan di kalangan negara-negara ASEAN menyaksikan Malaysia pada tahun 2013 (sehingga November 2013) berada di kedudukan ketiga selepas Thailand dan Indonesia dari segi pengeluaran dan jualan kenderaan secara keseluruhan. Malaysia juga merupakan negara pasaran jualan ketiga terbesar selepas Indonesia dan Thailand bagi segmen kenderaan penumpang di rantau ASEAN.

Kunci utama dan strategi bagi NAP 2014 ialah sebagai persediaan buat pemain automotif tempatan di dalam meliberasasikan industri ini. Kajian dan konsultasi telah melibatkan agensi kerajaan, pemain industri dan pengguna di dalam mencari formula bagi polisi ini.

Dalam melaksanakan kajian semula NAP, konsultasi berterusan selama lebih 18 bulan telah dijalankan. Pandangan dan input daripada industri tempatan dan kementerian/agensi Kerajaan berkaitan telah diambil kira supaya dasar dan langkah-langkah yang digariskan dalam NAP 2014 dapat memberi manfaat sepenuhnya kepada industri automotif.

Secara keseluruhannya, maklum balas yang diterima daripada semua pihak adalah positif terhadap kerangka NAP 2014 yang melibatkan penumpuan kepada teknologi hijau, pembangunan teknologi, pembangunan modal insan, peluasan pasaran dan penambahbaikan ekosistem industri automotif.

Fokus NAP 2014 ialah berkaitan dengan isu yang berkait rapat dengan industri automotif tempatan, kaedah untuk memastikan kualiti, kos dan keperluan penghantaran bertepatan dengan apa yang diperlukan di peringkat global. Selain daripada itu, ia juga mahu memenuhi standard peraturan keselamatan kenderaan yang ditetapkan oleh United Nation dan melihat isu yang berkaitan dengan pengguna serta tampil dengan mekanisma untuk mencari jalan penyelesaian terhadap isu tersebut.

TokPa

Objektif utama NAP14 ialah untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat atau hab operasi pengeluaran serantau bagi kenderaan jimat tenaga (EEV). Selain itu, mahu mempromosikan industri automotif tempatan yang mampan dan kompetitif termasuklah pengeluar kenderaan nasional, melengkapkan ekosistem industri automotif tempatan dalam
sektor pembuatan dan lepas jualan, meningkatkan eksport kenderaan dan komponen automotif, menggalakkan penyertaan syarikat Bumiputera di dalam industri ini dan melindungi hak pengguna dengan menawarkan produk yang selamat dan kualiti terbaik dengan harga yang kompetitif.

NAP 2014 mensasarkan sekurang-kurangnya 200,000 unit kenderaan yang bakal dieksport dan nilai minimum bagi komponen pula ialah RM10 bilion menjelang tahun 2020.

Terdapat enam plan tindakan untuk mengimplementasikan NAP 2014 dan ia dijadikan panduan untuk dilaksanakan iaitu
Pelan Tindakan Teknologi Automotif Malaysia, Pelan Tindakan Pembangunan Rantaian Bekalan, Pelan Tindakan
Pembangunan Modal Insan, Pelan Tindakan Pembuatan Automotif Malaysia, Pelan Tindakan Pembangunan Fasiliti Automotif, dan Pelan Tindakan Pembangunan Automotif Bagi Syarikat Bumiputera.

Seperti mana yang diwar-warkan sebagai objektif utama NAP 2014 iaitu menjadikan Malaysia sebagai hab pengeluaran serantau bagi kenderaan jimat tenaga (EEV). Pelaksanaan EEV ini efektif dilaksanakan sebaik sahaja NAP14 ini diumumkan. Tujuan pelaksanaan untuk EEV ini bagi untuk menetapkan terma spesifikasi bagi tahap pemancaran karbon (CO2/KM) dan penggunaan bahan api. EEV termasuklah kenderaan konversional bertenaga efisien, hibrid, kenderaan elektrik (EV) dan kenderaan yang menggunakan bahan api alternatif seperti Compressed Natural Gas, Liqufied Petroleum Gas, Biodiesel, Etanol, Hidrogen dan Fuel Cell. Dijangkakan kenderaan yang diproduksi di Malaysia menjelang 2020 ialah EEV.

Standard penggunaan bahan bakar yang lebih efisien telah ditetapkan melalui aktiviti penandaarasan antarabangsa (Eropah, Amerika Syarikat, China, Jepun, Korea Selatan, Thailand dan Taiwan) dan perbincangan dengan pihak industri automotif tempatan. Penetapan standard ini akan memastikan hanya pelaburan yang strategik dan berteknologi tinggi dibenarkan.

Standard penggunaan bahan bakar yang lebih efisien ini akan diguna pakai sebagai sumber rujukan dan akan dikemaskini selaras dengan pembangunan Pelan Hala Tuju Ke Arah Industri Automotif Teknologi Hijau yang akan dibangunkan oleh Institut Automotif Malaysia (MAI) dengan kerjasama agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan.

Malah dengan pelaksanaan bagi EEV ini, kesemua kenderaan yang berkaitan (hibrid dan EV) yang diimport dari negara luar (unit CBU) dihentikan daripada dibawa masuk ke Malaysia. Semua kenderaan yang berkenaan dengan EEV harus diproduksi dalam negara (CKD).

Buat sementara ini, pelaksanaan EEV hanya akan berdasarkan standard bahan bakar yang lebih efisien, manakala standard bagi pelepasan asap akan digunakan apabila kualiti minyak petrol dan diesel Euro 4M diperkenalkan. Satu kajian mendalam dan menyeluruh mengenai pelaksanaan Euro 4M sedang dijalankan dengan konsultasi bersama pihak industri dan agensi Kerajaan berkaitan.

NAP 2014 akan memastikan supaya perkembangan industri automotif di Malaysia adalah selari dengan arah aliran teknologi masa hadapan dan menggalakkan pelaburan ke dalam teknologi automotif hijau. Antara langkah-langkah yang perlu diambil ialah meningkatkan penggunaan teknologi hijau, meningkatkan kerjasama strategik di antara Malaysia dan rakan-rakan FTA, syarikat tempatan dengan International Centre Of Excellence dan di antara syarikat tempatan dengan universiti tempatan dalam bidang teknologi hijau, meningkatkan kepakaran dalam bidang R&D dan D&D serta penyediaan infrastruktur teknologi hijau yang bersesuaian.

NAP 2014 juga ingin memperjuangkan pembangunan vendor yang sangat penting di dalam industri automotif yang kompetitif ini. Malah mensasarkan untuk membangunkan vendor bertaraf dunia. Malah vendor tempatan akan ditransformasi menjadi pengeluar komponen bertaraf antarabangsa.

Selain itu, NAP 2014 juga mahu meningkatkan lagi tenaga kerja di dalam industri ini dengan dianggarkan 550,000 individu terlibat secara langsung. Dengan adanya polisi ini, diharapkan dapat menambah lebih 150,000 daripada jumlah yang sedia ada menjelang tahun 2020, termasuklah menggantikan 80% pekerja asing dengan melatih tenaga kerja tempatan bagi meningkatkan kemahiran di dalam industri ini.

Satu-satunya isu yang rasanya menjadi perkara yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia pastinya berhubung dengan penurunan harga kenderaan. Pada PRU13, Barisan Nasional telah menjanjikan penurunan harga antara 20% hingga 30% dalam tempoh lima tahun ini. Justeru, Pelan tindakan Penurunan Harga Kenderaan telah pun dirangka bagi diimplementasikan untuk merealisasikan janji itu.

Berkenaan dengan perkara ini juga, NAP 2014 bakal menyaksikan pelbagai model berskala besar yang akan diperkenalkan dalam pasaran tempatan. Model tersebut bukan setakat mesra alam bahkan mementingkan aspek keselamatan.

Buat setakat ini, model-model kenderaan seperti Saga SV, Persona SV, Viva, Alza dan Myvi dari S Series, Honda Jazz baharu dan Nissan Almera telah diturunkan harganya antara 3 hingga 17%. Tahun 2014 ini juga menyaksikan lebih banyak model baharu kenderaan yang bakal diperkenalkan dengan harga yang berpatutan.

NAP 2014 juga mahu mempertingkatkan kesedaran rakyat Malaysia berhubung dengan Pemeriksaan Kenderaan Secara Sukarela atau VVI di dalam memastikan kenderaan mereka selamat digunakan.

Tidak lupa juga pada pembabitan syarikat milik Bumiputera, polisi ini juga mahu memfokuskan kepada pembangunan modal insan, alat ganti dan pembangunan teknologi. Ia diukur melalui pemberian dana dari tahun 2014 hingga 2019 untuk meningkatkan daya saing syarikat Bumiputera di dalam pelbagai sektor. Malah penyeliaan berterusan terhadap pengeluar kenderaan dan syarikat operasi yang bertanggungjawab di dalam perkhidmatan selepas jualan untuk memastikan penyertaan syarikat Bumiputera lebih efektif.

Di bawah polisi NAP 2014 ini juga, Kerajaan akan meneruskan sokongan kepada syarikat-syarikat pengeluar kenderaan nasional sedia ada. Sokongan yang akan diberi termasuklah dalam aktiviti peluasan pasaran, peningkatan produktiviti serta kualiti, pengurangan kos dan pembangunan rantaian bekalan berdasarkan pelan transformasi syarikat masing-masing yang selari dengan objektif projek nasional.

Secara keseluruhannya, NAP 2014 akan membekalkan dana kewangan sebanyak RM2 bilion bagi memastikan pelan yang dirancang ini dapat diimplementasikan bagi merealisasikan polisi ini. Dalam memastikan pembangunan industri automotif tempatan yang mampan, Kerajaan akan mengambil pelbagai langkah untuk memastikan industri automotif negara lebih berdaya saing di dalam dan di luar negara.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

redmiqq bandarpkv bagiqq viralqq lonteqq serverpkv abangqq 788bola ligadunia365 resmibet 66mega https://halofkmusu.or.id/wp-includes/blocks/details/pokerqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/blocks/details/dominoqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/css/dist/patterns/parlay/ https://greenstem.swu.bg/wp-includes/bandarqq/ https://greenstem.swu.bg/wp-includes/getwin/ https://greenstem.swu.bg/wp-includes/dominoqq/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/pkvgames/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/bandarqq/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/dominoqq/ https://royalindiantaste.be/wp-includes/bandarqq/ https://royalindiantaste.be/wp-includes/pkvgames/ https://royalindiantaste.be/wp-includes/dominoqq/ https://edp-ppend1.swu.bg/wp-includes/pkvgames/ https://edp-ppend1.swu.bg/wp-includes/bandarqq/ https://edp-ppend1.swu.bg/wp-includes/dominoqq/ http://s1.joost.com/ https://airportscouncil.org/wp-content/uploads/pokerqq/ https://airportscouncil.org/wp-content/uploads/bandarqq/ https://airportscouncil.org/wp-content/uploads/2024/slotgacor/index.html https://airportscouncil.org/wp-content/uploads/dominoqq/ https://airportscouncil.org/wp-content/uploads/pkvgames/ https://ladyblossomke.co.ke/wp-includes/bandarqq/ https://dbqpbvms.org/cr-7/bandarqq/ https://dbqpbvms.org/cr-7/pkvgames/ https://www.naturecure.org.in/naturecure/pkv/ https://ieomsociety.org/indonesia/wp-content/uploads/2020/pkvgames/ https://dbqpbvms.org/docs/parlay/ https://dbqpbvms.org/mixparlay/ https://dbqpbvms.org/bandarqq/ https://dbqpbvms.org/public/domino99/ https://www.dentalworldindia.com/web/bandarqq/ https://www.dentalworldindia.com/ind/99/ https://www.dentalworldindia.com/oral-care/pkv/ https://www.dentalworldindia.com/qiuqiu/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/bandarqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/pkvgames/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/l10n/mixparlay/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/l10n/77rabbit/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/plugins/elementor/halo-usu/dominoqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/interactivity-api/demo/slotdemo/ https://suarausu.or.id/wp-content/tutor/ https://suarausu.or.id/wp-content/web/qiuqiu/ https://suarausu.or.id/wp-content/public/mposlot/ https://suarausu.or.id/wp-content/public/slot77/ https://suarausu.or.id/wp-content/Apk/mt777/ https://suarausu.or.id/wp-content/Apk/rp777/ https://suarausu.or.id/wp-content/post/77rabbit/ https://www.ahcfacilities.com/docs/pkvgames/ https://c-lines.com/wp-includes/web/qiuqiu/ https://c-lines.com/project/dominoqq/ https://www.sorsicorti.it/gifts/pokerqq/ https://www.sorsicorti.it/gifts/pkvgames/ https://petrosains.com.my/wp-content/plugins/docs/bandarqq/ https://petrosains.com.my/wp-content/plugins/docs/pkvgames/ https://petrosains.com.my/wp-content/plugins/webs/dominoqq/ https://petrosains.com.my/wp-content/sains/77rabbit/ https://www.petronastwintowers.com.my/wp-content/plugins/towers/bandarqq/ https://www.petronastwintowers.com.my/wp-content/plugins/towers/dominoqq/ https://www.petronastwintowers.com.my/wp-content/plugins/towers/pkvgames/ https://www.apty.io/wp-includes/apty/bandarqq/ https://www.apty.io/wp-includes/apty/dominoqq/ https://www.apty.io/wp-includes/apty/pkvgames/ https://www.apty.io/wp-includes/games/parlay/ https://dap.apty.io/demo/slotdemo/ https://dap.apty.io/demo/slot777/ https://dap.apty.io/demo/mposlot/ https://dap.apty.io/demo/77rabbit/ https://wpsotp.schooloftomorrow.ph/sch-ph/qq/ https://www.i-escape.com/blog/rute/bandarqq/ https://www.i-escape.com/blog/rute/dominoqq/ https://www.i-escape.com/blog/rute/qiuqiu/ https://www.i-escape.com/blog/rute/pkvgames/