DRB-Hicom akan eksport unit CKD bagi Volkswagen Polo & Jetta ke Indonesia

By  |  0 Comments

Jetta_Ext_03

Tidak lama lagi, DRB-Hicom akan menembusi pasaran automotif Indonesia dengan dua model Volkswagen iaitu Polo dan Jetta, menurut laporan yang dipetik dari Bernama.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kumpulan pertama eksport itu akan mengandungi 500 unit model pemasangan tempatan (CKD) yang telah dipasang di kompleks automotif DRB-Hicom, di Pekan, Pahang.

Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melihat lebih banyak eskport kereta yang dipasang di negara ini, sebanyak lebih RM1 bilion telah diperuntukkannya bagi mendirikan kompleks tersebut. Di mana Indonesia akan menjadi negara pertama menerima model eksport dari Malaysia ini tidak lama lagi.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *