Proton Suprima S Super Premium dilancarkan – Harga RM87,929.45

By  |  2 Comments

SuprimaSP22

Selepas Proton Suprima S diperkenalkan pada Ogos 2013, hari ini Proton Holdings Berhad (Proton) mencatat sejarah peribadi tersendiri dengan melancarkan Proton Suprima S Super Premium pula. Mengambil kesempatan sempena penganjuran Karnival Jualan Proton di MITC, Melaka yang berlangsung selama tiga hari bermula 17 Januari, Proton Suprima S Super Premium ini menampilkan imej yang lebih sporty dan dinamik.

SuprimaSP28

Tiada perubahan daripada segi teknikal, Proton Suprima S Super Premium ini diberi imej yang lebih menyerlah dengan kehadiran kit badan R3. Padanan rim aloi bersaiz 17 inci dengan kit kerangka R3 yang ditampilkan iaitu bampar hadapan, tepi dan belakang dengan kekemasan hitam. Malah logo R3 yang diletakkan pada skirt tepi jentera ini cukup menonjol.

SuprimaSP08

Proton Suprima S Super Premium ini masih menggunakan enjin yang sama dengan model Suprima sebelumnya iaitu 1.6 liter turbo dengan padanan kotak gear ProTronic CVT tujuh kelajuan. Jentera ini mampu melampiaskan kuasa maksimum sehingga 140 PS pada 5,000rpm dan puncak tork 205Nm pada 2,000 hingga 4,000rpm. Malah pengendalian yang lebih dinamik dengan bantuan LOTUS Hide & Handling memantapkan lagi jentera ini.

Untuk aspek keselamatan pula, Proton Suprima S Super Premium turut mendapat pengiktirafan lima bintang daripada Australasian New Car Assesment Program (ANCAP) seperti mana Suprima S. Elemen-elemen keselamatan juga yang sama diterapkan pada model Super Premium ini iaitu enam beg udara, Hill-Hold Assist, ESC dengan bantuan brek, sistem kawalan cengkaman, ABS dan EBD.

Berkenaan dengan bahagian kabin, ia masih sama dengan rekaan yang ada pada Suprima S. Dilengkapi dengan tempat duduk balutan kulit sepenuhnya, kamera undur, butang penghidup enjin, auto cruise, pedal penukar gear dan banyak lagi.

Dengan harga atas jalan RM87,929.45, Proton Suprima S Super Premium ini didatangkan dengan dua warna pilihan iaitu Fire Red dan Solid White. Pembelian model ini turut didatangkan dengan lima tahun jaminan atau 150,000km (yang mana terlebih dahulu).

proton-suprima-s-super-premium-infokereta-1

Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dato’ Lukman Ibrahim, yang ditemui semasa majlis pelancarannya, Suprima S Super Premium diperkenalkan bagi memberikan pilihan buat pelanggan yang inginkan sebuah jentera dengan imej yang sporty dan ranggi, di samping memiliki prestasi yang mengagumkan.

“Suprima S Super Previum ini untuk mereka yang ingin memiliki Proton Suprima S yang dilengkapi dengan kit badan sporty. Maka, dengan padanan kit badan R3 ini menambahkan lagi imej yang sporty dan dinamik. Jadi pemiliknya tidak perlu menambah lagi aksesori atau kit badan kerana Suprima S Super Premium sudah lengkap dengan ciri-ciri yang diperlukan,” ujar Dato’ Lukman.

SuprimaSP14

Mensasarkan penjualan sebanyak 750 unit sebulan, Dato’ Lukman turut menambah, model ini adalah yang terbaik buat setakat ini kerana dilengkapi dengan pelbagai elemen yang diperlukan mengikut standard masa kini.

Kemungkinan besar pada tahun ini juga, Proton bakal melancarkan model Suprima S versi manual memandangkan terdapat permintaan untuk versi tersebut. Malah Proton juga dijangka bakal melancarkan model yang dinantikan iaitu Proton Global Small Car kemungkinan besar sebelum memasuki suku ketiga 2014.

Untuk mengetahui pengalaman Infokereta memandu uji Proton Suprima S, sila klik di sini.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *