Perodua Myvi 2015 nampak lebih garang

By  |  0 Comments

Myvi_Ext_04

Enggan sekadar duduk diam sahaja selepas memperkenalkan Axia pada September 2014, Perodua telah melancarkan pula model terbaharu Myvi tanggal 15 Januari lalu.

Walau pun tidak melibatkan perubahan mekanikal, namun perubahan pada bahagian luaran dan dalaman yang dilakukan terhadap Myvi baharu ini dianggap telah memberikan suntikan yang lebih segar. Malahan, ia turut membuatkan Myvi kelihatan lebih garang dan memikat.

Baru-baru ini, Infokereta.com mencuri sedikit masa untuk memandu uji Myvi ini. Seperti yang dinyatakan, walau tiada sebarang perubahan mekanikal namun Myvi ini masih terserlah keseronokan pemanduannya.

Myvi_Ext_42

Mengendalikan kereta kompak ini memang cukup mudah. Ia kecil namun masih punya tenaga kuasa yang bersesuaian dengan saiznya. Penulis diberi unit pandu uji Myvi 1.5L Advance berwarna Electric Blue yang cukup menawan ini.

Ia dijanakan oleh enjin 3SZ-VE 1.5 liter DOHC, 16V dengan DVVT. Ia boleh memberikan kuasa sehingga 76kW pada 6,000 rpm dan tork setinggi 136Nm pada 4,400rpm.

Untuk Myvi Advance ini, ia hanya menampilkan satu varian transmisi iaitu automatik sahaja, berbanding dengan Myvi 1.5L SE yang memiliki kotak gear manual, selain auto.

Myvi_Ext_32

Bagi penulis, anjakan kuasa yang diterjemahkan oleh Myvi 1.5 ini mencukupi untuk memacukan kereta kompak ini dengan pemanduan yang ligat mahu pun sekadar bersederhanaan. Ia mampu dipecut sehingga 140 km/j dengan mudah, malahan pertukaran gear automatiknya juga dirasakan lancar.

Namun jika bermula dengan kelajuan yang rendah dan mahu memecut secara mendadak, ia memerlukan kerahan tenaga yang sedikit berlebihan. Justeru, tekanan pada pedal pendikit perlu dilebihkan, secara tidak langsung membuatkan Myvi seakan dipaksa untuk bekerja lebih keras. Ini terjadi selepas berhenti di persimpangan lampu isyarat dan bila hendak memecut kembali, ia seakan mengambil sedikit masa untuk bertindakbalas.

Walau bagaimana pun, apabila berada di dalam kelajuan yang tinggi, enjinnya tidak lagi ‘segan-silu’ untuk dikerah, sebaliknya mudah untuk memuntahkan kuasa yang dikehendaki. Tatkala ini, keseronokan mengendalikan kereta kompak ini semakin jelas dirasai.

Myvi_Ext_36

Namun, disarankan agar elak daripada memecutnya di selekoh tajam atau pun jalan yang berliku, olengan badannya agak terasa. Malah kerangkanya juga terasa agak ringan dan ini mungkin membahayakan pemanduan anda. Maka, anda digalakkan untuk memandu secara lebih berhemah dan ‘bersara’ seketika dari pemanduan agresif apabila melewati jalan-jalan yang agak mencabar kewibawaan Myvi ini. Ya, ia boleh dipandu secara agresif tetapi bukanlah pada corak jalan yang tidak bersesuaian dengan kredibiliti kerangkanya.

Apa pun, ia masih mampu memberikan kemantapan dan kestabilan jika dipandu secara lebih santai dan berhemah. Model Perodua yang paling hangat di pasaran ini telah menerima penarafan empat bintang oleh ASEAN NCAP setelah memberi penambahbaikan pada struktur kenderaan mengikut standard antarabangsa. Justeru, kemantapan dan kestabilannya memang menjadi keutamaan Perodua di dalam mengeluarkan sesuatu model kenderaan.

Myvi_Ext_14

Penulis juga menyenangi respons yang diberikan oleh pedal pendikit-gear-brek-stereng kuasa, ia suatu gabungan yang bertepatan dan mampu memberikan kerjasama bila-bila masa sahaja yang dikehendaki. Ternyata Perodua banyak memberikan peningkatan buat komponen-komponen ini, secara tidak langsung mencetuskan rasa seronok ketika mengendalikannya.

Mengenai penjimatan bahan apinya, menurut Perodua, setelah diuji, ia mampu menggunakan sekitar 6.5 liter untuk setiap 100 km. Namun bagi penulis, ia bergantung juga pada cara pemanduan, muatan yang dibawa dan beberapa faktor yang mempengaruhi penggunaan bahan apinya.

Secara konklusinya, jika anda pernah memandu mana-mana model Myvi sebelum ini, sebenarnya tiada banyak perbezaan daripada sudut pengendalian dan pemanduannya yang masih kekal dinamik. Ia sebuah kereta kompak yang cukup ringkas dan mudah untuk dikendalikan seperti mana model yang sama segmen dengannya. Terutamanya bila hendak memarkir, melalui lorong/jalan yang sempit, menyelit-yelit di antara kenderaan lain sewaktu kesesakan lalu lintas dan melakukan pusingan U, cukup mudah!

Jika anda tertanya, apakah bahagian yang diberi penambah baikan buat Myvi baharu ini, jawapannya ada beberapa elemen, termasuklah pengesan bahagian hadapan yang boleh diaktifkan oleh pemandu jika diperlukan. Di mana ia membantu pemandu untuk mengambil sudut yang rumit sewaktu memarkir kenderaan. Sebagai tambahan, elemen ini boleh dinyahaktif semasa memandu atau sewaktu tersekat dalam kesesakan lalu lintas bagi mengelakkan ketidakselesaan terhadap pemanduan.

Memperhebatkan lagi elemen keselamatannya, Perodua turut mengemaskini sistem multimedia untuk memasukkan fungsi kamera undur bagi varian Advance ini.

Melihat imej yang dipertaruhkan buat varian Advance ini, sudut yang paling menonjol sudah pasti bahagian hadapannya yang nampak lebih agresif. Padanan bampar baharu dengan rekaan gril hadapan yang lebih ranggi dan nampak agresif. Malah ia turut dipadankan dengan lampu utama projektor dengan LED.

Varian Advance juga ditampilkan dengan skirt sisi bersama jaluran krom dan rim aloi rekaan berpusar bersaiz 14-inci yang dibaluti tayar 175/65R 14.

Pada bahagian belakangnya pula, ia turut dilengkapi dengan spoiler yang membuatkan varian Advance ini lebih sporty. Malah kehadiran lampu belakang LED, peresap yang berlainan dan paip ekzos krom yang menyerlahkan lagi gayanya.

Menjenguk bahagian kabinnya pula, ia tampil dengan tempat duduk separa-lekuk balutan kulit. Mengenai bahagian papan pemukanya, ia mengalami sedikit perubahan pada bahagian tengah yang nampak lebih diperhalusi termasuklah posisi butang kawalannya.

Tetapi kalau ikut pandangan mata penulis, rasanya rekaan papan pemuka pada varian terdahulu lebih menarik berbanding Myvi yang baharu ini. Ia nampak begitu ringkas dan seperti tiada daya tarikan. Mungkin Perodua ada sebab berbuat demikian.

Selain itu, Myvi baharu ini turut dilengkapi dengan penyangkut anti-ragut pada bahagian sisi tempat duduk pemandu hadapan dan juga pemegang cawan pada bahagian corong penghawa dingin di hadapan tempat duduk pemandu, sama seperti yang diadaptasikan pada Perodua Axia.

Myvi_Int_19

Varian Advance ini juga dilengkapi dengan radio dan pemain CD dengan MP3/MWA dan sambungan USB serta Bluetooth. Disebabkan ia model spesifikasi tertinggi bagi Myvi baharu ini, ia turut tampil dengan elemen tambahan termasuklah sistem multimedia bersama fungsi navigasi dan kamera undur.

Myvi baharu ini berukuran 3685mm panjang,1665mm lebar, 1570mm tinggi dan jarak roda pula 2440mm, namun tiada perubahan saiz dan ruang dalamannya juga masih sederhana luas. Ruang kargonya pula berkapasiti 208 liter.

Bagi aspek keselamatan standard, juga tiada perubahan dan masih mengekalkan ABS, EBD bersama Bantuan Brek (BA), Isofix dan dua beg udara.

Myvi 1.5 Advance AT ini berharga RM58,500 (solid) dan RM58,900 (metalik), ia dilihat sebagai pemilikan yang berbaloi terutamanya jika ia merupakan kereta pertama yang dimiliki atau pun anda mencari kereta kompak yang memudahkan lagi tujuan pengangkutan seharian. Ia didatangkan dengan waranti selama lima tahun atau 150,000 km (mana yang tiba terlebih dahulu).

Spesifikasi :
Enjin : 3SZ-VE 1.5 liter DOHC, 16V, DVVT
Transmisi : Automatik
Kuasa maksimum : 76kW @ 6,000 rpm
Tork maksimum : 136Nm @ 4,400rpm.
Sistem suspensi : Topang MacPherson (hadapan) & Torsion Beam (belakang)
Kapasiti tangki bahan api : 40 liter
Pilihan warna : Electric Blue, Ivory White, Ozzy Orange, Glittering Silver & Mystical Purple

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

redmiqq bandarpkv bagiqq viralqq lonteqq serverpkv abangqq 788bola ligadunia365 resmibet 66mega https://788bola.com/ https://resmibet.com/ https://ligadunia365.com/ pokerqq dominoqq parlay pkvgames bandarqq dominoqq parlay pkvgames bandarqq dominoqq qiuqiu parlay bandarqq pkvgames dominoqq pkvgames bandarqq dominoqq bandarqq pkvgames pkv parlay bandarqq pkvgames dominoqq pokerqq pkvgames dominoqq bandarqq bandarqq pkvgames --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- https://dbqpbvms.org/docs/parlay/ https://dbqpbvms.org/mixparlay/ https://dbqpbvms.org/bandarqq/ https://dbqpbvms.org/public/domino99/ https://dbqpbvms.org/htdocs/bet88/ https://dbqpbvms.org/pkv-games/ https://www.dentalworldindia.com/web/bandarqq/ https://www.dentalworldindia.com/ind/99/ https://www.dentalworldindia.com/oral-care/pkv/ https://www.dentalworldindia.com/.docs/pkv/ https://www.dentalworldindia.com/wp-includes/js/parlay/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/bandarqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/pkvgames/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/qiuqiu/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/uploads/2024/07/dominoqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/l10n/mixparlay/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/l10n/77rabbit/ https://suarausu.or.id/wp-content/tutor/ https://suarausu.or.id/wp-content/public/slot77/ https://suarausu.or.id/wp-content/Apk/mt777/ https://suarausu.or.id/wp-content/Apk/rp777/ https://suarausu.or.id/wp-content/fc/parlay/ https://suarausu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/pkvgames/ https://suarausu.or.id/wp-content/htdocs/bandarqq/ https://suarausu.or.id/wp-content/htdocs/dominoqq/ https://www.ahcfacilities.com/docs/pkvgames/ https://wpsotp.schooloftomorrow.ph/sch-ph/qq/ https://neerajbhagat.com/bandarqq/ https://neerajbhagat.com/dominoqq/ https://neerajbhagat.com/pkvgames/ https://haoyangtechnology.sg/wp-includes/docs/qiuqiu/ https://haoyangtechnology.sg/wp-includes/pkv-games/ https://erasmus.swu.bg/wp-includes/edu/ https://abdentologic.co.in/wp-includes/docs/dominoqq/ https://abdentologic.co.in/wp-includes/htdocs/bandarqq/ https://abdentologic.co.in/wp-includes/77rabbit/ https://mdasc.cds.hku.hk/wp-includes/htdocs/pkv/ https://mdasc.cds.hku.hk/wp-includes/htdocs/qq/ https://mdasc.cds.hku.hk/wp-includes/edu/bet88/ https://mdasc.cds.hku.hk/wp-includes/bd-pkv/ https://support-my-decision.org.au/wp-includes/js/bandarqq/ https://support-my-decision.org.au/wp-includes/js/dominoqq/ https://future-of-real-estate.de/wp-includes/pkvgames/ https://teachmorepro.lk/wp-includes/parlay/ https://drfreezones.com/wp-content/login/bandarqq/ http://ddqinvest.projectstatus.in/wp-includes/invest/parlay/ https://quranacademy.us.com/wp-includes/material/parlay/ https://golearn.com.my/wp-includes/bd-pkv/ https://golearn.com.my/wp-includes/register/dominoqq/ https://golearn.com.my/wp-includes/tutor/parlay/