Proton tandatangani MoU dengan Indonesia berkenaan projek kereta ASEAN petang ini?

By  |  0 Comments

2015_Proton_Exora_SP_ 010

Menurut laporan Bernama dan Utusan Malaysia, Proton akan menandatangai perjanjian persefahaman (MoU) dengan Indonesia berkenaan dengan projek kereta ASEAN petang ini.

“Menerusi MoU ini berkemungkinan Proton akan mengembangkan perniagaannya di Indonesia untuk menjadi mobil (kereta) ASEAN. Presiden Indonesia, Joko Widodo juga mempunyai beberapa pandangan dalam hal ini dan menunjukkan minat untuk merealisasikan projek tersebut,” ujar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang akhbar bersama Presiden Indonesia itu dalam lawatan rasminya ke Malaysia, di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Pada 20 Oktober lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, projek itu akan menjadi ‘impian yang menjadi kenyataan’ setelah Presiden Indonesia yang baharu, Joko Widodo menyatakan minat dalam melaksanakan idea yang diilhamkan oleh Malaysia.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *