Kia Optima K5 2014 dilancarkan – Harga atas jalan RM149,888

By  |  0 Comments

OptimaK5FL05

Dengan objektif mahu menjadi pemain yang lebih impresif di dalam segmen-D industri automotif tempatan, Naza Kia Malaysia hari ini telah melancarkan Kia Optima K5, model yang dinaik taraf dengan suntikan kosmetik lebih menarik. Sejak membuat penampilan pertamanya di peringkat global di New York International Auto Show 2013, model Kia Optima K5 ini telah bersedia untuk muncul di pasaran dunia dengan rekaan yang yang lebih ikonik.

Namun model dinaik taraf ini tidak berubah daripada segi teknikal. Ia masih menggunakan enjin yang sama seperti mana model terdahulu iaitu 2.0 CVVL NU yang mampu menghamburkan kuasa maksimum 165 PS pada 6,500rpm dan puncak tork 198 Nm pada 4,800rpm. Ia turut dipadankan dengan kotak gear automatik enam kelajuan.

Walau bagaimana pun, untuk model unit CBU ini, ia turut hadir dengan Drive Mode Select iaitu Normal, Eco dan Sport pada roda stereng berbentuk D yang diinspirasikan daripada jentera lumba. Selain daripada itu, pemasaan penukaran transmisi dan pemetaan pendikit turut diberikan sedikit perubahan bagi memantapkan lagi model ini.

OptimaK5FL10

Manakala sistem suspensi pula memilih MacPherson Struts dengan gegelung spring di bahagian hadapan untuk meningkatkan lagi kualiti pemanduan. Manakala untuk bahagian belakang pula menerima padanan Multi-Link dengan penyerap hentak gas yang menambahkan lagi keselesaan pengendalian.

Kia Optima K5 ini turut meminimumkan bunyi bising sewaktu kenderaan sedang bergerak dengan mengurangkan kadarnya kepada 3.3dB bagi mempertingkatkan struktur pada tayar bersaiz 18 inci serta elemen yang berkaitan dengannya.

Elemen lain yang turut ditampilkan pada Kia Optima K5 ini ialah Brek Parkir Electronik, lapan cara pelarasan tempat duduk pemandu dengan tetapan memori dan empat tatapan pelarasan untuk tempat duduk penumpang di hadapan, bilah cermin automatik dengan pengesan hujan, bumbung panoramik dan cermin hidrofobik.

OptimaK5FL07

Untuk suntikan kosmetik yang banyak memberikan perubahan terhadap Kia Optima K5 ini, rekaan luaran memang cukup menarik dan tampak begitu elegan. Antaranya rekaan bampar dan lampu utama yang baharu. Di mana bamparnya dihiasi dengan gril berbentuk Tiger Roar bersama kekemasan hexagonal hitam berkilat. Turut dipadankan lampu utama HID Xenon dengan lampu pencahayaan siang (DRL) LED. Malah lampu kabus hadapan juga menerima rekaan baharu iaitu Ice Cube.

Bahagian belakang juga ada perubahan dengan kombinasi lampu LED yang turut direka semula bagi memberikan gambaran mengikut standard terkini. Malah bentuk pada bonet belakang turut disuntik rekaan baharu.

OptimaK5FL17

Manakala bahagian kabin pula, struktur tempat duduk turut direka baharu bagi menambahkan lagi keselesaan dengan kekemasan kulit berkualiti tinggi. Malah Optima K5 ini turut dilengkapi dengan butang penghidup enjin, skrin paparan LCD TFT bersaiz 4.3 inci yang turut berfungsi sebagai paparan kamera undur dan sistem bunyi Infinity bersama lapan pembesar suara yang turut menyokong fungsi bebas-tangan Bluetooth, pemain CD, AUX, USB dan sambungan iPOD.

OptimaK5FL26

Untuk memperlengkapkan lagi aspek keselamatan, Optima K5 turut dilengkapi dengan enam beg udara, ESC, EBD, ABS, sistem kawalan cengkaman, sistem Bantuan Brek, sistem Bantuan Pengesan Parkir, Pengurusan Kestabilan Kenderaan (VSM) dan ISOFIX. Optima K5 turut menerima pengiktirafan lima bintang setelah menjalani ujian keselamatan NHTSA di Amerika Syarikat.

Didatangkan dengan empat warna pilihan menarik iaitu Snow White Pearl, Satin Metal, Aurora Black dan Smokey Blue, Optima K5 ini ditawarkan pada harga atas jalan RM149,888 seunit berserta insurans yang turut didatangkan dengan lima tahun jaminan tanpa perbatuan terhad.

Sempena dengan pelancaran Kia Optima K5, Naza Kia Malaysia turut mengumumkan bahawa Kia Motors telah dilantik sebagai rakan rasmi kepada penganjuran Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil pada tahun ini. Sehubungan itu, Naza Kia Malaysia bakal menganjurkan pelbagai aktiviti menarik untuk penyertaan umum seperti Fuleca Friend Search, Champ to Rio Futsal Tournament, dan banyak lagi.

Bermula pada Februari sehingga Jun ini, 10 orang pemenang bagi acara World Cup Rocks dengan pelbagai aktiviti yang dianjurkan ini berpeluang menerima tiket bagi menyaksikan Piala Dunia FIFA 2014 secara langsung di Brazil. Pemenang akan menerima tajaan termasuk tiket penerbangan dan penginapan. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang rasmi www.kia.com.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

situs mix parlay euro 2024 judi bola euro parlay dominoqq pkv id pro bandarqq pkvgames bandar qq bandarqq qiuqiu bandarqq pkv games situs bandarqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games pkv qq pkv qq bandarqq pkv pkv games dominoqq pkv games pkvgames qiuqiu pkv pkv games pokerqq dominoqq bandarqq bandarqq dominoqq mixparlay pkvgames slotgacor parlay pokerqq
situs mix parlay euro 2024 judi bola euro parlay dominoqq pkv id pro bandarqq pkvgames bandar qq bandarqq qiuqiu bandarqq pkv games dominoqq situs bandarqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games pkv qq pkv qq bandarqq pkv pkv games dominoqq