UMW memperkenalkan minyak pelincir GRANTT

By  |  0 Comments

fm_RN2A8675

UMW Grantt International Sdn. Bhd. (UMWG) telah memperkenalkan minyak pelincir GRANTT yang telah diperbaharui. Ia merupakan jenama yang dikeluarkan oleh UMW Grantt International Sdn. Bhd. (UMWG) sendiri di kilang yang mendapat pengiktirafan ISO 9001:2008 yang terletak di Shah Alam.

Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh Datuk Dr. Nik Norzrul Thani bin Nik Hassan Thani, Pengerusi UMW Manufacturing & Engineering Sdn Bhd, dengan disaksikan oleh Datuk Syed Hisham bin Syed Wazir selaku Presiden dan CEO Kumpulan UMW Holdings Berhad.

Rangkaian minyak pelincir GRANTT ini termasuklah Minyak Pelincir Untuk Kenderaan Penumpang (PCMO), Minyak Pelincir Motosikal (MCO), Minyak Enjin Diesel (DEO), Cecair Transmisi Auto (ATF) dan Minyak Industri.

grantt-new-range

GRANTT diformulasi daripada minyak asas kualiti-premim bagi mengekalkan kebersihan enjin termasuk mempertingkatkan penjimatan bahan api, pelindungan dan prestasi enjin.

Menurut Megat Shahrul Azmir Nordin, Pengarah Eksekutif UMW Manufacturing & Engineering Sdn. Bhd., rangkaian GRANTT PCMO Stellar telah menepati piawaian API-SN dari Institut Petroleum Amerika yang mempunyai standard yang lebih ketat sama seperti European Automobile Manufacturers Association ACEA A3/B4.

“Pelancaran minyak pelincir GRANTT ini membuktikan kesungguhan UMW di dalam menghasilkan produk yang berkualiti. Malah kami sangat yakin GRANTT mampu menepati kepuasan pada pelanggan yang inginkan minyak pelincir yang mampu menambahkan lagi kuasa pada kenderaan mereka, “ujar Megat Shahrul Azmir.

Selain GRANTT PCMO, MCO pula lebih dikenali sebagai Quandra dan Quasar bagi DEO.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *