Toyota RND Concept bakal dibongkarkan pada 26 Jan ini

By  |  0 Comments

Toyota_RND_Concept

Meneruskan kegemilangannya di dalam industri automotif antarabangsa, Toyota makin mempergiatkan lagi langkah mereka dalam mengungguli pengeluaran model-model kenderaan yang mendapat permintaan tinggi di pasaran.

Tahun lalu, Toyota telah mencatat jualan cukup impresif dengan jumlah keseluruhan mencapai 10.23 juta unit di seluruh dunia, menjadikannya sebagai pengeluar kenderaan terbesar di peringkat antarabangsa.

Tidak dinafikan Toyota antara yang ligat memperkenalkan pelbagai model baharu, yang diperbaharui dan juga model konsep. Terbaharu, semalam Toyota telah menyebarkan sekeping imej model RND Concept yang dijangka bakal didedahkan sepenuhnya pada 26 Jan ini.

Foto pertama ini seakan memberikan satu gambaran “bagaimana reka bentuk konsep ini bakal menandakan satu anjakan radikal penentu arah bagi Toyota”.

Malah Toyota juga berkata RND ini bakal diperkenalkan dalam bentuk model produksi.

Menurut Matt Harrison, Presiden Toyota GB, “Perician penuh mengenai RND akan didedahkan minggu hadapan. Namun menjelang pada pendedahan rasminya ini, apa yang boleh dikatakan, ia merupakan sebuah model kebanggaan Toyota dan bakal memberikan sumbangan tidak ternilai dalam kehidupan kita.”

Penuh debaran dan teka-teki..Nantikan kemunculannya 26 Jan ini!

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *