Perodua teruskan sumbangan membantu mangsa banjir – Dana mencecah RM625k diagihkan

By  |  0 Comments

sumbangan kepada negeri pahang

Perodua masih meneruskan sumbangan bagi membantu mangsa banjir di beberapa buah negeri yang terlibat, termasuk di Pantai Timur dengan jumlah agihan dana mencecah RM225,000.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan sumbangan yang telah dicapai meningkat menjadi RM625,000 selepas menghulurkan bantian pertama berjumlah RM400,000 sejak Disember lalu.

“Sumbangan ikhlas ini adalah bagi membantu kerajaan negeri yang terlibat bagi membantu membangunkan semula negeri masing-masing selepas dilanda bencana besar ini,”ujar Presiden & CEO Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh.

Selain daripasa sumbangan tersebut, seramai 100 orang sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan Perodua sendiri telah turun pandang bagi membantu membersihkan dan membantu mengagih-agihkan barangan keperluan kepada pada mangsa banjir.

Selain itu, Perodua turut menawarkan bantuan kepada para pemilik kenderaan Perodua yang terlibat dengan bencana banjir ini. Ia termasuklah servis trak penunda, 20% diskaun bagi alat ganti terpilih (seperti komponen elektronik, karpet, tempat duduk dan engine overhaul gasket) dan pemeriksaan kenderaan percuma bagi menentukan jumlah kerugian yang ditanggung akibat banjir.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program ini, sila menghubungi talian khidmat pelanggan Perodua di 1800-88-6600.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *