Perodua sumbang RM1.5 juta kepada MIROS

By  |  0 Comments

perodua-miros-infokereta 059

Hari ini Perodua telah menyerahkan sumbangan sebanyak RM1.5 juta untuk mengubah suai Makmal Unit Keselamatan Kejuruteraan Kemalangan (Crase) atau PC3 yang dikendalikan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS). Ia bagi membolehkan makmal yang beroperasi di Melaka itu menambah peralatan terkini bagi makmal yang digunakan sebagai ujian pelanggaran itu.

Sumbangan ini adalah sebahagian daripada program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Perodua untuk membantu industri automotif ini termasuk menyalurkan bantuan yang berkaitan dengan infrastruktur dan kelengkapan untuk ujian meningkatkan lagi aspek keselamatan kenderaan.

“MIROS merupakan institusi yang penting dalam industri ini dan sudagh menjadi tanggungjawab kami bagi menyumbangkan sesuatu demi menggalakkan aktiviti yang dilaksanakan,”ujar Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh yang ditemui pada majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman dengan MIROS pada pagi ini.

perodua-miros-infokereta 069

Aminar turut menambah, sumbangan ini juga merupakan contoh bagi “kerjasama pintar” antara sektor awam dan swasta, seperti mana yang dipromosikan oleh kerajaan Malaysia sejak dahulu lagi.

Kerja-kerja pengubahsuaian makmal ini telah pun bermula sejak Oktober tahun lalu dan dijangka bakal siap menjelang penghujung Februari ini.

“Makmal ini sangat penting kerana ia dapat membantu mengurangkan kos perbelanjaan yang terpaksa ditampung sebelum ini dengan membuat ujian yang berkaitan di luar negara,”ujar Pengarah Urusan MIROS, Profesor Dr.Wong Shaw Voon.

Sebagai penghargaan terhadap sumbangan ini, MIROS akan meletakkan logo Perodua dan mengabadikan namanya pada bilik ujian pelanggaraan berkenaan.

Selepas proses penyediaan prasarana ini selesai, MIROS seterusnya akan menanggung sendiri kos-kos lain termasuk penyelenggaraannya.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *